“Squid Game” akan dijadikan rancangan realiti terbaru dengan menawarkan hadiah lumayan

Nampaknya akan ada sebuah rancangan realiti terbaru berdasarkan drama hit “Squid Game”.

Pada 14 Jun waktu tempatan, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan rancangan realiti baharu berdasarkan siri popular “Squid Game.”

“Squid Game” adalah mengenai permainan survival misteri dengan ganjaran 45.6 bilion won (kira-kira $40 juta) dalam talian. Ratusan pemain yang kesempitan wang menerima undangan yang aneh untuk bertanding dalam permainan kanak-kanak. Hadiah yang lumayan menanti — dengan risiko yang tinggi. Lee Jung Jae dan Park Hae Soo turut menyertai permainan survival tersebut setelah mengetahui ianya menyediakan hadiah yang lumayan kerana berdepan masalah kewangan.

Selepas tayangan perdana “Squid Game” pada bulan September 2021, drama itu telah menjadi rancangan terbesar dan terkenal Netflix.

Diberi nama “Squid Game: The Challenge,” Netflix akan mengubah drama hit ini menjadi siri realiti terbesar mereka dengan menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Rancangan realiti itu akan mempunyai 456 peserta yang akan bersaing sepanjang 10 episod untuk memenangi hadiah utama sejumlah $4.56 juta dolar – seperti dengan hadiah asal dalam drama “Squid Game” sebanyak 45.6 bilion won.

Peserta akan mengambil bahagian dalam permainan zaman kanak-kanak yang ditunjukkan dalam “Squid Sotong,” serta tambahan permainan baharu oleh Netflix. Sesiapa sahaja dari seluruh dunia yang boleh berbahasa Inggeris dialu-alukan untuk menyertai pertandingan itu. Jika maut menanti mereka yang kalah dalam siri asal, untuk rancangan realiti ini, peserta yang gagal menang akan pulang dengan tangan kosong.

Brandon Riegg, naib presiden kanan di Netflix, mengulas, “Kisah menarik dan imej simbolik ‘Squid Game’ arahan pengarah Hwang Dong Hyuk berjaya memukau seluruh dunia. Kami akan mengubah dunia fiksyen ini menjadi realiti.”

Dia menyambung, “Persaingan terbesar yang pernah ada akan dipenuhi dengan ketegangan serta penuh liku-liku dan 456 pesaing sebenar akan memulakan perjalanannya. Kami berharap peminat drama ini akan menyertai perjalanan yang menarik dan tidak dapat diramalkan ini.”

Siri drama “Squid Game” baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertamanya untuk musim yang kedua.

Sumber : [1]

loading...