Nantikan 12 drama Korea terbaru untuk tontonan korang sepanjang Jun ini

Annyeong, chinguyaa~~ Jun is on the way. Seronok tak beraya tahun ni? As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang Jun ini, kita ada 12 lagi drama Korea terbaru dan pastinya menawarkan pelbagai pilihan dari segi tema, serta gandingan pelakon. So, let’s check it out the list.

1. Eve

  • Tarikh Tayangan: 1 Jun 2022
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch395 & Astro Go [Setiap Khamis & Jumaat, 9.15 Malam] , Viu
  • Barisan Pelakon: Seo Ye Ji, Lee Sang Yeob, Park Byung Eun, Yoo Sun

Eve ialah melodrama romantik Korea yang mengisahkan tentang perceraian yang berlaku kepada keluarga kaya dan mempertaruhkan 2 trilion won untuk tuntutan penceraian yang membuatkan satu negara berasa terkejut. Tanpa disedari oleh orang ramai, tuntutan mahkamah yang berisiko tinggi itu adalah hasil daripada skim balas dendam yang dikira dengan teliti selama 13 tahun dibuat.

Seo Ye Ji akan memegang watak Lee Ra El, seorang anak perempuan yang mempunyai bapa yang genius dan seorang ibu yang cantik. Pada mulanya Lee Ra El seorang yang lemah lembut, tetapi kemudiannya bertukar menjadi seorang wanita pesona maut serta berbahaya sehingga sering disebut sebagai “bunga merbahaya” setelah berdepan kisah sulit hubungan keluarga.

Lee Sang Yeob akan memainkan watak Seo Eun Pyung, seorang peguam yang jatuh cinta dengan Lee Ra El selepas bertemu dengannya. Kemudian Park Byung Eun akan memainkan watak Kan Yoon Gyeom, seorang CEO LY Group yang menjadi orang nombor satu dalam dunia kewangan dan kemudian jatuh cinta dengan Lee Ra El. Yoo Sun akan memegang watak Han Yoo Ra, anak lelaki ahli politik yang berkahwin dengan keluarga kaya dan taksub untuk kelihatan cantik dan awet muda.

2. Doctor Lawyer

  • Tarikh Tayangan: 3 Jun 2022
  • Penyiar: MBC. Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: So Ji Sub, m Soo Hyang, Shin Sung Rok, Lee Joo Bin

Doctor Lawyer” mengisahkan kisah pakar bedah perubatan genius Han Yi Han, yang telah kehilangan segalanya kerana insiden manipulasi yang tidak diketahui untuk pembedahannya, kembali sebagai peguam perubatan. Akibat dari pembedahan itu, Doktor Yo Han dan seorang pendakwaraya dari Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan satu-satunya ahli keluarga dan kekasih bekerjasama untuk menghukum mereka yang percaya bahawa pentingnya kehidupan seseorang dapat dinilai berdasarkan kekayaan dan kekuatan mereka serta membantu mangsa-mangsa yang telah dianiaya.

Han Yi Han adalah pakar bedah genius ‘double-board’ yang lulus dari sekolah perubatan terbaik di Korea dan mempunyai dua kepakaran: pembedahan umum dan pembedahan toraks. Dia adalah seorang doktor pakar bedah dengan jolokan ‘monster swordsman’ kerana kemahirannya yang sangat hebat. Namun dalam satu insiden pembedahan, pesakit itu meninggal dalam operasi yang menurutnya telah berjaya, dan mengakibatkan dia hilang kelayakan menjadi doktor. Selepas itu, Han Yi-han berubah menjadi peguam yang pakar dalam proses pengadilan perubatan dan mencari kebenaran mengenai kes misteri yang mengelilinginya 4 tahun yang lalu.

“Doctor Lawyer” akan mendapat sentuhan pengarah Lee Yong Seok dari “Haechi” dan “Iljimae.” Sementara itu, Jang Hong Chul, yang menulis “Class of Lies,” akan bertindak sebagai penulis skrip.

3. Why Her?

  • Tarikh Tayangan: 3 Jun 2022
  • Penyiar: SBS, Viu
  • Tayangan : ONE Tv Asia Astro Ch393 & Astro Go, bermula 25 Jun, setiap Sabtu-Ahad, 9.45 PM
  • Barisan Pelakon:Hwang In Yeop, Seo Hyun Jin, Heo Joon Ho, Bae In Hyuk

Viu Original Why Her? berkisarkan tentang Oh Soo Jae (lakonan Seo Hyun Jin) adalah seorang peguam yang berbakat dan rakan kongsi termuda di firma berprestij,TK Law Firm. Dia seorang yang berhati dingin dan sangat didorong oleh keinginannya untuk memenangi sesebuah kes. Penglibatannya dalam kes-kes yang tidak dijangka dan keputusan yang salah menyebabkan penurunan pangkat dan dia akhirnya bekerja sebagai penolong profesor di sekolah undang-undang.

Sementara itu, Gong Chan (dilakonkan oleh Hwang In Yeop) ialah seorang pelajar undang-undang yang mempunyai masa lalu yang menyakitkan, tetapi masih mempunyai hati yang baik. Dia bertemu dengan Oh Soo Jae 10 tahun lalu, ketika dia pernah dituduh melakukan jenayah. Walaupun masa lalu mereka yang pahit, Gong Chan jatuh cinta dengan Oh Soo Jae. Bagaimana cinta mereka akan mekar nanti? Korang kena stream di Viu drama ini nanti.

Kim Ji Eun dari “Lie After Lie” akan menulis skrip. Sementara, Park Soo Jin dari “While You Were Sleeping” akan mengarahkan drama itu.

4. Cleaning Up

  • Tarikh Tayangan: 5 Jun 2022
  • Penyiar: K-Plus Asia @ Astro Go Ch 396
  • Waktu Tayangan : Setiap Ahad-Isnin, 9.15 PM
  • Barisan Pelakon: Yeom Jung Ah, Jeon So Min, Kim Jae Hwa, Lee Moo Saeng

Remake siri televisyen popular Britain, “Cleaning Up” menonjolkan perjuangan tiga petugas kebersihan (Jeon So Min sebagai Ahn In Kyung, Yeom Jung Ah sebagai Eo Yong Mi, dan Kim Jae Hwa sebagai Maeng Soo Ja) di sebuah firma pelaburan yang cuba mengubah nasib mereka selepas mendengar beberapa maklumat dalam tentang perdagangan penting.

Semasa menjalankan tugas mereka, mereka bertiga terdengar perbualan yang mengandungi perjanjian orang dalam yang besar, jadi mereka memutuskan untuk terjun terus ke dalam pelaburan saham. Ahn In Kyung, Eo Yong Mi, dan Maeng Soo Ja tidak teragak-agak untuk memalsukan dokumen, dan mengambil cara lain untuk mendapatkan wang tunai.

Selain itu, drama “Cleaning Up” turut dibintangi oleh Na In Woo sebagai Doo Young dan Lee Mo Saeng sebagai Lee Young Shin. Doo Young ialah pelajar yang bijak dan peramah yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah dan menyewa bilik di rumah Eo Young Mi. Manakala, Lee Mo Saeng seorang lelaki misteri dan pemberi maklumat untuk firma guaman.  Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang lelaki pendiam itu, dia mempunyai daya tarikan yang memikat yang membuatkan ramai tertarik dengannya.

5. Link: Eat, Love, Kill

  • Tarikh Tayangan: 6 Jun 2022
  • Penyiar: tvN , Disney Hotplus Star MY
  • Barisan Pelakon: Yeo Jin Goo, Moon Ga Young, Song Deok Ho, Kim Ji Young

Gabungan unik drama fantasi, percintaan dan misteri, “Link” akan menceritakan kisah seorang lelaki yang tiba-tiba mula merasakan semua emosi yang dialami oleh seorang wanita yang tidak dikenali apabila “pautan” ajaib dibuka semula selepas 18 tahun.

Moon Ga Young akan melakonkan watak pekerja restoran Noh Da Hyun, yang tidak bernasib baik dalam hidup dan percintaan, manakala Yeo Jin Goo sebagai Eun Gye Hoon, seorang chef eksekutif berwajah kacak yang kehidupan sehariannya menjadi tunggang terbalik apabila dia mula merasakan perasaan suka, duka, dan rasa sakit Da Hyun bersamanya.

6. Insider

  • Tarikh Tayangan: 8 Jun 2022
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Kim Ha Neul, Lee Yoo Young, Kim Sang Ho, Han Bo Reum

“Insider” ialah drama aksi saspens tentang Kim Yo Han, seorang pelatih kehakiman yang berdepan krisis semasa menyamar untuk penyiasatan pendakwa raya yang korup dan akhirnya bergelut untuk cuba mendapatkan kad yang akan mengubah nasibnya. Semasa di penjara, dia mula merancang membalas dendam atas pengkhianatan yang dialaminya.

Watak Kang Ha Neul, Kim Yo Han, melangkah ke gelanggang perjudian untuk menangkap kelemahan seorang pendakwa raya yang korup dan berakhir di penjara selepas terlibat dalam kejadian yang tidak dijangka. Dalam penjara di mana undang-undang dan akal sihat tidak wujud, Kim Yo Han bertindak sebagai “orang dalam” yang menyembunyikan identiti dan tujuannya untuk terus hidup dan membalas dendam.

7. Yumi’s Cells 2

  • Tarikh Tayangan: 10 Jun 2022
  • Penyiar: tvN
  • Barisan Pelakon: Kim Go Eun, Park Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Yumi’s Cells” mengisahkan tentang seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi lakonan Kim Go Eun. Setiap pemikiran, perasaan dan tindakan Yumi dikawal oleh banyak sel otak di kepalanya. Dia sering bergelut untuk meluahkan perasaannya.

Musim pertama “Yumi’s Cells,” menjadi K-drama pertama yang menggabungkan aksi langsung dan animasi 3D, telah disiarkan pada musim luruh 2021 dan menerima banyak maklumbalas yang positif daripada penonton.

Pada musim lalu, Yumi menjadi matang melalui hubungan dan perpisahannya dengan Goo Woong (Ahn Bo Hyun), dan dia menerima cabaran baharu selepas mendapat keberanian untuk berbuat demikian daripada rakan sekerjanya Yoo Babi (Jinyoung GOT7). Musim baru akan menggambarkan kisah cinta dan impian Yumi. Selain itu, perubahan dalam hubungan dan emosi antara Yumi dan Yoo Babi akan membuatkan jantung kita semua berdebar-debar, mungkin bukan hanya sekadar kawan seperti sebelumnya. Apakah hubungan Yumi dan Yoo Babi akan berubah kepada hubungan yang romantis. Jangan lupa untuk saksikan musim terbaru Yumi’s Cells ini.

8. The Jinx’s Lover

  • Tarikh Tayangan: 15 Jun 2022
  • Penyiar: KBS, iQIYI
  • Barisan Pelakon: Na In Woo, Seo Hyun, Jeon Kwang Ryul, Ki Do Hoon

“Jinxed At First” adalah adaptasi dari sebuah webtoon dengan nama yang sama. Ia adalah sebuah drama fantasi romantik tentang apa yang berlaku apabila seorang lelaki malang yang telah menerima nasib malangnya. Lelaki malang itu bertemu dengan dewi nasib yang telah disembunyikan di dalam bilik rahsianya oleh keluarga chaebol. Mereka kemudian bertemu apabila wanita itu melompat keluar ke tempat yang tidak dikenali untuk membatalkan sumpahan itu.

Na In Woo membawakan watak sebagai penjual ikan di Pasar Seodong bernama Gong Soo Kwang yang mempunyai sumpahan. Dahulu dia jalani kehidupan dengan baik, namun selepas sesuatu yang berharga miliknya hilang, hidupnya terus berubah. Pihak produksi beri gambaran, bahawa apa yang berlaku terhadap hidup Gong Soo Kwang ada hubung kaitnya dengan kawannya iaitu Sun Min Joon.

Sementara itu, Seohyun akan memainkan watak Seul Bi, seseorang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melihat masa depan  dengan hanya menyentuh seseorang. Tujuh tahun lalu, Seul Bi melarikan diri dari bilik rahsia tempat dia terkurung dan bertemu Gong Soo Kwang, menghabiskan hari seperti mimpi bersamanya dan mula bermimpi tentang dunia luar. Drama ini juga akan menyorot kisah cinta mereka yang penuh mendebarkan.

9. Alchemy Of Soul

  • Tarikh Tayangan: 18 Jun 2022
  • Penyiar: tvN, Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Jae Wook, Jung So Min, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho

Diterajui oleh pengarah “What’s Wrong with Secretary Kim”, Park Joon Hwa, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlatarkan negara fiksyen Daeho, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau pada peta. Drama ini akan mengisahkan watak-watak yang nasibnya berubah akibat sihir yang menukar jiwa manusia.

Lee Jae Wook akan memainkan watak Jang Wook, seorang tuan muda yang bergaya dan bermasalah dari keluarga Jang di negara Daeho. Dia menjadi bualan seluruh negara kerana rahsia kelahirannya yang mengejutkan dan latar belakangnya yang tragis.

Jung So Min akan berperanan sebagai Mu Deok Yi, seorang pembunuh upahan yang terperangkap dalam badan paling lemah di dunia. Walaupun dikenali sebagai tokoh yang berkarisma, dia mempunyai tubuh yang tidak dapat mengimbangi semangatnya.

Minhyun akan memainkan watak putera genius Seo Youl daripada keluarga Seo. Seo Youl mempunyai segala-galanya daripada kemahiran sastera hingga seni mempertahankan diri. Dia mempunyai peribadi baik dan rupa paras yang menarik, tetapi malangnya dia tidak mempunyai keinginan atau rasa realiti. Dia kemudiannya akan merahsiakan perasaan cintanya yang tulus terhadap seorang gadis.

“Alchemy of Soul” dikarang oleh duo penulis skrip terkenal yang dikenali sebagai Hong Sisters (Hong Jung Eun dan Hong Mi Ran), yang telah menghasilkan drama popular dan hebat seperti “You’re Beautiful,” “My Girlfriend is a Gumiho,” “The Greatest Love,” “Master’s Sun,” dan “Hotel Del Luna”.

10. Money Heist : Korea – Joint Economic Area

 

  • Tarikh Tayangan: 24 Jun 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Yoo Ji Tae, Kim Yoon Jin, Park Hae Soo, Jeon Jong So

“Money Heist: Korea – Joint Economic Area” adalah remake drama jenayah Sepanyol yang popular. Siri rompakan bahasa Sepanyol, yang asalnya bertajuk La Casa de Papel, menamatkan musim ketiga dan terakhirnya pada tahun 2021. Mengambil premis cerita yang sama, siri ini akan menunjukkan bagaimana kecurian yang dirancang kali ini berlaku di Korea.

“Money Heist: Korea” berlaku apabila Korea Utara dan Selatan berada di ambang penyatuan semula secara aman selepas hampir 80 tahun berpisah. Tetapi ketika negara bersedia untuk mencetak mata wang bersatu baharu, satu rompakan telah dirancang.

Walaupun pada asalnya diharapkan bahawa ini akan menjadi asas kepada kesatuan ekonomi yang stabil, ini mewujudkan ketidaksamaan yang besar bagi banyak pihak. “Yang kaya bertambah kaya,” kata salah seorang watak.

Berazam untuk menghadapi dunia yang tidak adil, seorang ahli strategi genius yang dikenali sebagai Profesor mengumpulkan semua jenis pencuri kelas atasan dari utara dan selatan dalam percubaan untuk mencuri mata wang baharu terus dari sumbernya. Setiap mereka mempunyai watak dan kebolehan yang unik.

Mereka bersama-sama merangka rancangan untuk melakukan rompakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini: mencuri wang yang belum wujud lagi.

11. Café Minamdang

 

  • Tarikh Tayangan: 27 Jun 2022
  • Penyiar: KBS, Netflix
  • Barisan Pelakon: Seo In Guk, Oh Yeon Seo, Kwak Shi Yang, Kang Mi Na

Berdasarkan novel web popular dengan nama yang sama, “Minamdang” ialah sebuah misteri komedi tentang Nam Han Joon, seorang baksumuduang (bomoh lelaki) yang pernah menjadi profiler. Dia bertemu Han Jae Hee (Oh Yeon Seo), seorang detektif dalam unit jenayah kekerasan yang mementingkan keadilan.

Nam Han Joon dikenali sebagai bomoh yang kaya, kacak, dan pandai berkomunikasi. Kebolehannya digunakan untuk memahami masalah pelanggannya dan mencari jawapan kepada masalah tersebut. Manakala, Han Jae Hee seorang yang unik, ikhlas, dan tidak pernah berdendam. Tetapi apabila berlaku sesuatu yang tidak kena, dia akan berani bersuara malah mempersendakan orang itu tanpa mengira status mereka.

12. Extraordinary Attorney Woo

 

  • Tarikh Tayangan: 29 Jun 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Yong

Drama Netflix ini menceritakan tentang kehidupan Woo Young Woo, seorang peguam baharu di sebuah firma guaman besar dengan IQ 164 genius dan seorang penghidap autisme, yang mana akhirnya berkembang menjadi seorang peguam hebat dengan menyelesaikan pelbagai kes.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!