Seorang penyanyi idol Korea dicari hingga ke lubang cacing selepas klip videonya yang bertindak kurang ajar tertular hari ini.
Klip videonya yang disiarkan oleh portal Cinematic pada 9 Mac 2022 lalu kemudiannya dijadikan sebagai sandaran buat penunggang motosikal tersebut di dalam bual bicara bersama Channel S ‘Attack on Grandma’ hari ini.
Pengguna jalan raya itu, Jang Si Nae berkata, “Aku hari-hari akan guna kereta. Bila lewat saja aku akan menunggang motosikal kerana perlu terkejar-kejar dengan masa.”
“Pada suatu hari ketika sedang menaiki skuter, sebuah kereta berjenama luar negara datang melulu dari belakang. Tiba-tiba dia menyumpah-ranah. Aku cuba mengejarnya untuk mengambil nombor plat kereta sampailah satu ketika, dia berhenti kejap untuk menunggu signal. Kenapa nak menyumpah-ranah aku? Perasaan ingin tahu lantas membuatkan aku segera mengetuk cermin keretanya. Tapi pandai pula tutup mukanya. Sekali dia naikkan jari tengah. Dan orang itu ialah penyanyi idol terkenal. Kalau aku dedahkan namanya, habis terbenam terus reputasi dia.”
Sumber: newsen