Nama Lee Jun Ho 2PM jadi viral gara-gara amal kebajikan dilakukannya ketika jalani khidmat ketenteraan, dibangkitkan netizen

Nama Lee Junho 2PM kembali menjadi hangat semula apabila netizen menceritakan semula amal kebajikan dilakukannya ketika menjalani khidmat ketenteraan dahulu.

“Lee Junho baru saja selesai berkhidmat, tetapi aku nak cerita bahawa Lee Junho pernah buat amal kebajikan di rumah orang kurang upaya (OKU) kendalian makcik aku ketika dia jalani khidmat ketenteraan dahulu. Dia sangat tenang orangnya, jadi aku nak khabarkan cerita ini sebelum terlambat,” kata A seperti dipaparkan di sebuah laman komuniti forum.

“Lee Junho, boleh tak aku bubuh autograf yang kau bagi kat sini? Makcik aku rasa pelik tiba-tiba seorang selebriti datang menyinggah sebagai pekerja sosial lalu membuatkan aku terkedu kerana tak pernah terlintas dalam fikiran aku pun. Ada orang kata dia ambil cuti banyak semata-mata nak datang ke rumah kebajikan kami selama berbulan-bulan. Dia juga sumbangkan van Starex untuk kemudahan kami,” sambungnya.

“Tanggal 20 April kelmarin, hari Orang Kurang Upaya di Korea. Kau hantarkan pizza untuk kami makan bersama.  Ada 16 orang yang bekerja di rumah kebajikan, tapi kau bermurah hati sampai hantar 10 kepingan pizza. Menu semuanya berbeza dan makcik aku suruh aku tuliskan juga di bebenang ini (thread) untuk dikhabarkan kepada korang,” ujarnya lagi.

“Rasanya kau baru saja habis berkhidmat dan aku begitu bertuah kerana masih dapat menghubungi kau walaupun kau begitu sibuk,” katanya sambil mengakhirkan nukilannya di laman komuniti forum tersebut.

Pengakuan jujur daripada A berhubung amal kebajikan Lee Jun Ho menyebabkan nama pelakon berkenaan tertular di laman komuniti forum dan laman sosial peminat. “Aku tahu Junho orang yang mesra dan cermat, tapi tak sangka dia sangat baik orangnya,” kata netizen yang lain pula yang memuji Lee Junho.

Lee Junho yang kini sedang tercalon di dalam kategori Best Actor Baeksang Art Awards atas lakonannya di dalam MBC The Red Sleeves, telah ditawarkan berlakon untuk drama korea terbaru, ‘King The Land’ di samping Yoona.

Sumber: nate

loading...