[Gempar] Agensi jawab dakwaan Yook Sungjae sedang main-main cinta dengan gadis Tiktok

Gosip yang tersebar meluas mengatakan Yook Sungjae BTOB sedang berpacaran dengan gadis Tiktok semalam mungkin bukanlah khabar angin semata-mata.

Seperti yang dipetik daripada money today hari ini, wakil agensinya Cube Ent. berkata, “Kandungan yang ditulis di laman komuniti forum itu tidak benar. Sejak gosip itu bertebaran, ramai pula asyik menghantar mesej bertanyakan siapakah A.” Bagaimanapun, sumber lain pula mengatakan mereka hanya berkawan saja.

Menurut satu laman komuniti forum, siasatan yang dibuat oleh netizen itu menjurus ke atas satu akaun Tiktok yang telah diprivasikan semalam, netizen itu mmenyimpulkan bahawa Yook Sung Jae sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang bukan selebriti, yang ditakrifkan sebagai sebagai seorang yang begitu cantik dan bukannya daripada kalangan marhaen (golongan kayangan).

Dakwanya lagi, sebilangan peminat sudah mengetahuinya menerusi instagram, namun enggan memanjangkan perkara tersebut. Yook Sungjae pernah berkongsikan gambarnya sedang bersiap-sedia untuk bermain golf dengan kapsyen berbunyi, “Aku teringin sangat nak main golf” di instagram-nya pada empat hari yang lalu. Malah, gambar kedua-duanya dipercayai sedang bermain golf pada waktu dan lokasi yang sama juga turut disertakan sebagai bukti wujudnya hubungan di antara mereka. Suara lelaki itu yang begitu mirip dengan Yook Sung Jae turut meyakinkan  netizen tentang gosip tersebut.

Selain itu, netizen juga sempat menangkap layar beberapa bukti tambahan menunjukkan kedua-duanya memakai pelindung telefon pintar yang sama. Difahamkan A agak rapat dengan Peniel BTOB dan diperkenalkan kepada Yook Sung Jae disebabkan kedua-duanya mempunyai hobi yang sama iaitu bermain golf.

Sementara itu, Yook Sungjae sudah pun mengesahkan dirinya sebagai pelakon utama drama MBC Golden Spoon di samping Jung Chaeyeon DIA. Beliau juga giat mempromosikan album terbaru BTOB bersama-sama rakan daripada kumpulan kpop yang sama.

Sumber: money today

loading...