“Berambuslah” – New The Boyz dikecam gara-gara mahu mengusir peminat yang cuba meminangnya

New, atau nama sebenarnya Choi Chan Hee daripada kumpulan The Boyz baru-baru ini dikecam netizen gara-gara mesej berbaur biadap terhadap peminat.

Pada 12 April 2022 semalam, netizen muatnaik satu tangkap layar di suatu laman komuniti forum, mendakwa ianya merupakan perbualan di antara New dengan peminatnya menerusi aplikasi Bubble. Berikut ialah transkrip perbualan tersebut,

Peminat: Hey New. Jom kita kahwin, aku akan pastikan kau takkan bekerja lagi.

New: Ini luahan yang paling tak berguna pernah aku saksikan. Siapa yang suka sangat bekerja. Tak pernah rasa bersyukur. Berambuslah ~. Aku akan tetap bekerja.

Netizen itu kemudiannya mengecam sikap biadap New terhadap peminatnya berikutan peminat itu mungkin sekadar bergurau-senda tanpa sebarang niat buruk. “Aku tak faham ada yang sanggup memalukan peminatnya sebegini. Dia taklah sampai menyumpah tapi sekadar bagitahu suka padanya. Sampai hati New malukan dia,” kata netizen tersebut.

Bagaimanapun, netizen lain pula berpendapat sebaliknya. “Mungkin ada peminat yang mengambil separuh saja mesej perbualan di antara mereka hingga akhirnya mendatangkan fitnah. Aku tak rasa dia nak malukan, sebaliknya sekadar menolak pinangan peminat itu,” katanya.

Sumber: nate

loading...