Galak sangat menipu duit orang sehingga kerugian jutaan won, Hyemi bakal dibuang daripada Black Swan?

DS Music disebut-sebut akan menggugurkan Hyemi daripada Black Swan setelah penyanyi itu disaman oleh seseorang yang mengaku dirinya telah ditipu oleh Hyemi sehingga dia kerugian 50 juta won (~RM 184,000).

Khabar angin itu tercetus apabila akaun sosial Hyemi telah dinyahaktifkan manakala agensinya mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada Hyemi buat sementara sejak semalam selepas penyanyi itu berhadapan dengan tindakan saman. Bagaimanapun hari ini, agensinya akan mengambil tindakan lanjut berkenaan dengannya.

“Hye Mi putuskan untuk melantik peguam bagi melawan balik kes itu di mahkamah. Kami akan umumkan pendirian kami pula kemudian,” kata jurucakap agensinya.

Terdahulu, Hyemi dituduh telah menipu A dengan meminjam duit daripadanya sebanyak 49 juta won atas nama sebagai deposit kerana tidak mampu menanggung sewa bulanan rumah dan kos sara hidupnya setelah tidak lagi tinggal bersama keluarga. A kemudian dimaklumkan Hyemi telah menggunakan duit itu untuk berhibur, selain pejabat yang disediakan dengan duit A itu telah dijadikan lokasi pertemuan dengan beberapa orang lelaki lain. A yang marah kemudiannya menuntut balik duit yang dipinjamkan, namun tidak mendapat respon daripada penyanyi itu.

Hyemi ialah bekas ahli kumpulan RANIA, sebelum dia dibawa menganggotai kumpulan yang baru ‘debut’, Black Swan pada Oktober 2020.

Sumber: dailian, mbn

loading...