Siapalah bertuah jadi suri hatinya nanti, Jackson Wang GOT7 dedah mahu menimang anak secepat mungkin

Jackson Wang GOT7 mendedahkan rancangannya untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga di kemudian hari di dalam temuduga bersama radio Amerika, The Cruz Show pada 12 April 2022.

Ditanya kenapa ada ura-ura mengatakan bahawa Jackson Wang akan bersara sebaik saja mencapai usia 35 tahun, penyanyi itu mendakwa ia bukan perkara yang pasti buatnya. Hal ini kerana penyanyi itu kini di dalam perancangan untuk menimang anak secepat yang mungkin.

“Aku nak ada keluarga sebelum capai usia 40 tahun. Bagi aku, aku nak melihat anakku membesar lebih lama dan mahu berkawan dengan mereka. Aku nak buat kelab, dan juga berhibur bersama mereka,” katanya.

Baca lagi: Jackson Wang GOT7 taruhkan album ‘Blow’ buat peminat antarabangsa

Jackson Wang kini sedang mempromosikan album single ‘Blow’ buat tatapan peminat di seluruh dunia.

Sumber: N/A

loading...