ARMY berkelahi sesama sendiri setelah dapati Taehyung BTS terima ugutan bunuh daripada ‘sasaeng’

Baru-baru ini, ARMY, terutamanya yang meminati Taehyung BTS menyatakan rasa marah mereka terhadap segelintir peminat ARMY lain, khususnya sasaeng yang begitu obses terhadap ‘gandingan mesra’ terjalin di antara Jimin dan Jungkook sehingga wujudnya ugutan bunuh terhadap Taehyung.

Ia bermula selepas Taehyung menjadi sasaran segelintir peminat yang mahu melihat dirinya berhubungan mesra dengan ahli-ahli BTS lain, manakala peminat yang lain pula belum bersedia untuk memisahkan Jimin daripada Jungkook. Memetik momen manis di antara Taehyung, Jimin dan Jungkook ketika konsert ‘PTD On Stage’ yang berlangsung pada tahun 2019, peminat dilihat berkelahi sesama sendiri.

Sebilangan menganggap gabungan ‘Jikook’ lebih kuat dengan memetik klip video yang menunjukkan Taehyung dilihat cuba mendekati Jungkook dan Jimin yang sedang mesra berpegangan tangan, tetapi seolah-olah wujud halangan di antara Taehyung dengan mereka. Manakala, peminat Taekook berpendapat bahawa Jimin pernah menyuarakan rasa tidak suka terhadap cubaan yang mahu melihatnya bermesra secara melampau-lampau dengan ahli-ahli BTS lain, maka tidak salahnya Jungkook berpasangan dengan Taehyung pula.

Walaubagaimanapun, perbualan menjadi semakin hangat apabila ciapan ugutan bunuh terhadap Taehyung pada tahun 2019 oleh sasaeng itu dihidupkan kembali sebagai amaran. Lantaran itu, peminat Taehyung khususnya mahu menghentikan serangan yang tidak berfaedah di antara peminat ARMY. Luahan peminat tersebut kemudiannya tertular menerusi tanda pagar #freetaehyungfromjikookers di laman twitter sejak awal pagi 13 April 2022 hari ini.

“Kenapalah sangat kasihan hidup diorang ni? Woi, pergi buat hal sendirilah dan tinggalkan BTS kerana sekarang ini korang sudah melampau sangat. Ugh. Meluat tengok,” kata netizen yang mengaku dirinya peminat ARMY.

BTS kini sedang mengadakan konsert jelajah ‘Permission To Dance’ di Las Vegas.

Sumber: twitter

loading...