“Takkan berlaku” – Mark Lee NCT akan tolak pinangan Seunghoon WINNER jika mereka dikehendaki ‘berkahwin’

Baru-baru ini, Mark Lee NCT diminta mengulas tentang komen yang dibuat oleh Lee Seunghoon, atau dikenali sebagai Hoony WINNER menerusi twitternya pada tempoh hari.

Pada 23 Feb 2022 lalu, Seunghoon bermain aplikasi gaeyou dengan mengklik ‘Siapakah artis kpop lelaki yang mempunyai peluang walau sehingga 1% sekalipun untuk berkahwin dengannya?’. Seunghoon kemudian mendedahkan keputusannya di hadapan netizen di twitter.

Jawapannya betul-betul mengejutkan netizen apabila Mark Lee sebenarnya mempunyai peluang kebarangkalian sebanyak 4% untuk berkahwin dengannya.

Ketika NCT Dream bertandang ke SBS Power FM ‘Two O’Clock Escape Cultwo Show’ pada 7 April 2022 hari ini untuk mempromosikan album ‘Glitch Mode’, Mark Lee ditanya berkenaan perkara tersebut.

“Apa perasaan kau tentang Seunghoon WINNER?,” tanya DJ Hwang Chi Yeol sambil menunjukkan hantaran twitter yang dibuat oleh Seunghoon tersebut.

“Sangatlah…uh… Mula-mula nampak menarik sangat, dan orang itu pula WINNER… kumpulan yang dihormati kami kerana kami asyik mendengar lagu mereka sejak kecil,” kata Mark Lee dengan nada ragu-ragu.

“Jadi, ia tak mungkin berlaku,” tegas Mark Lee kemudian sambil tertawa.

Punahlah harapan peminat untuk merealisasikan peratusan Seunghoon untuk berkahwin dengan mana-mana artis Kpop lelaki dapat dicapai.

Sumber: mk co star

loading...