“Tak kelakarlah” – Netizen kecam tindakan Dohyun MIRAE mengajuk cara nyanyian Billlie sehingga memaksanya mohon maaf

Dohyun MIRAE memohon maaf selepas dilihat cuba mengajuk cara nyanyian Billie di dalam klip video yang tertular baru-baru ini.

Pada 4 April 2022, ahli-ahli MIRAE sedang mengadakan sesi VLive bersama peminat dan mereka memainkan beberapa buah lagu daripada kumpulan kpop perempuan. Namun, lagu GingaMingaYo (“The Strange World”) oleh Billlie kemudiannya menangkap perhatian netizen apabila Dohyun bertindak di luar batas dengan membuat pelbagai ekspreksi muka yang melampau-lampau ketika cuba menari mengikut irama lagu tersebut terutamanya di bahagian Tsuki Billlie. Perbuatan mengajuk Dohyun tersebut dianggap biadap kerana mengejek cara nyanyian asal Billlie.

Dohyun dan Tsuki

“Tak kelakarlah. Ini sangat-sangat kurang ajar. Mereka sudahlah punyai profesion yang sama, jadi dia perlulah tunjuk sikap hormat walaupun tidak sukakan lagu itu,” kata netizen yang mengecamnya. Kecaman berterusan menyebabkan Dohyun terus membuat permohonan maaf.

“Pertama kali, aku mohon maaf sangat-sangat pada Billie, kepada mereka yang melihat video ini dan rasa tak selesa. Aku sudah pun menyampaikan permohonan maaf kepada agensi Billlie dan akan memohon maaf kepadanya depan-depan. Maaf kerana telah membuatkan korang bimbang kerana tidak berfikir panjang sebelum membuat perkara itu. Aku akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang dan terima segala kritikan disebabkan diri ini yang masih kekurangan dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya di dalam surat disertakan kemudian.

Sumber: nocutnews

loading...