Jungkook BTS memberitahu status terkini mengenai dirinya sebaik saja disahkan dijangkiti Covid-19 sebentar tadi.
Menerusi laman instagram-nya, Jungkook berkongsikan rakaman suaranya berdurasi 6 saat itu untuk dipaparkan ke dalam instastory. Petikan suaranya dengan dialek Busan tersebut berbunyi begini, “Aku okay saja. Oh, betul-betul masalah yang besar.”
Bagaimanapun, suaranya dengan nada merengap kesakitan itu menyebabkan netizen berasa simpati dengannya dan mahu Jungkook mengutamakan kesihatannya. “Aku berasa lega Jungkook kata dia okay, tapi janganlah sakit lagi. Makan dan berehatlah banyak-banyak,” kata netizen itu mendoakan agar Jungkook cepat sembuh daripada penyakit Covid-19 yang dialaminya.
🐰 저 괜찮습니다아아아
🐰 으 뭐 별거 아입니더!정구기 괜찮다니 다행이다 진짜 아프지마ㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠ 잘먹고 잘 쉬어야해🥺@BTS_twt pic.twitter.com/xrpKSG9AZ7
— ONE REASON 원리즌 (@ONE_REASON_JK) March 29, 2022
Baca di sini: [Gempar] Jungkook disahkan positif Covid-19, berkemungkinan sukar untuk sertai BTS di Grammy Awards
Samada Jungkook dibenarkan untuk terlibat di dalam aktiviti bersama BTS nanti bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ini bermakna Jungkook mungkin sukar untuk menyertai BTS di majlis Grammy yang akan berlangsung pada 4 April 2022 (waktu Malaysia) ini kendatipun tempoh kuarantinnya ngam-ngam berakhir pada hari majlis berkenaan.
Sumber: twitter