Dimasukkan ke hospital kerana kecederaan kecil, Baekhyun EXO kongsi cerita dirinya telah dirawat oleh jururawat merangkap peminatnya

Lama menghilangkan diri kerana sibuk menghabiskan saki-baki tempoh khidmat pekerja sosialnya sekurang-kurangnya untuk setahun lagi, Baekhyun EXO kembali membalas komen-komen daripada peminatnya.

“Aku pergi ke hospital baru-baru ini kerana jariku tercedera. Jururawat di situ rupanya Eris (panggilan Baekhyun terhadap peminatnya atau Exol). Mula-mula dia ingat tak selesa tapi aku sebenarnya rasa lega sangat. Jika Eris jumpa aku, jangan lupa tunjukkan diri kau,” tulis Baekhyun berkongsikan cerita bagaimana dia dipertemukan dengan jururawat merangkap peminatnya di hospital. Permintaan Baekhyun itu juga dibuat memandangkan ada segelintir peminat yang lebih suka mengendapnya berbanding bersemuka dengannya di hadapan.

Ditanya kenapa jarinya boleh tercedera, Baekhyun mendakwa dia cuba memperbetulkan struktur bingkai gambar di rumahnya. “Jangan jangan.. ….Aku tercedera kerana cuba mengalihkan bingkai bergambar di rumah,” kata Baekhyun lagi.

Baekhyun turut mengiyakan pertemuan tidak disangka-sangka dengan peminatnya beberapa hari lalu. Ketika itu, peminat itu menunjukkan rantai kunci Teolaegi miliknya kepada Baekhyun dan penyanyi itu hanya ketawa kecil selepas mengakui rantai kunci itu begitu comel. Sekali lagi, peminat yang sama meluahkan rasa terharunya kepada Baekhyun kerana tidak pernah lekang dengan senyuman dan komennya sempat dibalas oleh Baekhyun.

“Kaukah yang aku jumpa di galeria tempoh hari? ,” tanya Baekhyun sekaligus mengiyakan cerita pertemuan tersebut.

Baekhyun kini sedang bercuti dan dia dilihat bersiar-siar dengan anjing kesayangan keluarganya di dalam satu video yang dimuatnaik di Youtube.

Sumber: twitter

loading...