Jungkook baru-baru menjawab 61 soalan daripada peminat di dalam sesi soal-jawab selama 2 jam yang dilakukannya menerusi instastory pada 18 Mac 2022 semalam.
Antara yang menarik perhatian ialah soalan peminat tentang situasi di mana jika mereka dipertemukan untuk perlawanan tinju antara sama satu sama lain.
“Lawan tinju dengan Taehyung? ,” tanya peminat.
“Dia bukan lawan aku pun,” jawab Jungkook dengan penuh yakin.
Harus diketahui bahawa Jungkook sememangnya berlatih meninju hampir tiap-tiap minggu bersama jurulatih persendiriannya dan sudah semestinya keyakinannya itu berdasarkan kekerapannya melakukan rutin tersebut sejak 2019 lagi.
jungkook's 2022 boxing videos 🥊 pic.twitter.com/XYLFEJLEOj
— jk vids 🎥 (@jjklve_) January 26, 2022
Meskipun begitu, Taehyung pada suatu ketika dulu juga pernah berolok-olok meninju bersama adik-beradiknya sebelum Jungkook secara serius menyelami sukan tinju ini.
Malahan, kadangkala Taehyung menjadi teman tinju Jungkook ketika mereka meluangkan masa bersama. Agak tidak keberatan untuk mengatakan bahawa Taehyung pasti mengetahui serba sedikit teknik yang boleh mengelakkan dirinya daripada dikalahkan oleh Jungkook jika wujudnya perlawanan satu lawan satu antara mereka.
JK: “What should I do right now”
Army: “Boxing with Taehyungie hyung 💜”
JK: “He’s no match for meㅎ”#JUNGKOOK #TAEHYUNG @BTS_twt pic.twitter.com/LCHgYT18KD
— ᴮᴱSabu⁷🍒 PDT_ON_STAGE_SEOUL💜 (@sabuuu_07) March 18, 2022
BTS baru saja menghabiskan konsert jelajah mereka di Seoul dan kini dalam persediaan untuk membuat persembahan di Grammy Awards.
Sumber: instagram