Changbin & Han Jisung disahkan positif Covid-19; Stray Kids tunda bertanding di ‘music show’ untuk beberapa hari

Han Jisung didapati telah menghidapi Covid-19 selepas menjalani ujian PCR pada hari ini, 19 Mac 2022. Han Ji sung menyusuli Changbin yang disahkan positif pada hari sebelumnya.

Jurucakap agensi JYP Ent. dilaporkan berkata, “Tidak termasuk Changbin dan Han, kesemua enam ahli ahli telah disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian PCR yang dilakukan ke atas mereka. Mereka telah pun dipisahkan untuk menghuni bilik berbeza sejak tengah hari 18 Mac semalam.”

Berikut pengumuman tersebut, maka segala jadual melibatkan kehadiran Stray Kids di ‘music show’ bagi mempertaruhkan lagu ‘Maniac’ juga terpaksa ditunda untuk beberapa hari.

Stray Kids berjaya melancarkan album ‘ODDINARY’ sebagai comeback terbaru mereka pada 18 Mac 2022. ‘ODDINARY’ ialah gabungan ‘Odd’ dengan ‘Ordinary’ yang membawa maksud orang yang normal kebanyakannya mempunyai sisi yang aneh. Menurut sumber, album ini telah mencatatkan pembelian awal melebihi 1.3 juta unit, membuktikan pengaruh besar Stray Kids di Korea dan juga serata dunia.

Sumber: newsen

loading...