Usaha tangga kejayaan, NMIXX akhirnya ungguli jualan album terlaris minggu ini selepas tiga minggu ‘debut’

NMIXX mencipta sejarah sangat gemilang untuk kumpulan kpop perempuan, apabila meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu dengan jualan terkumpul kini melebihi 321,984 unit.

Menurut Hanteo, album ‘debut’ daripada NMIXX berjudul ‘Ad Mare’ ini, berjaya meraih 227,339 unit di dalam minggu pertama pelancarannya dan meningkat kepada 321,984 unit setakat 17 Mac 2022 hari ini sekaligus meletakkan mereka di kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon selepas tiga minggu pelancarannya. ‘Ad Mare’ berjaya memintas pencapaian jualan album yang dibuat oleh artis-artis SM, Kim Woo Seok, Weeekly dan Super Junior masing-masing dengan Winter Smtown : Smcu Express, 3rd Desire [Reve], Play Game : Awake, The Road : Winter For Spring di dalam carta yang sama. Super Junior merupakan penyandang jualan album terlaris minggu sebelumnya.

Dengan catatan sebanyak 227,339 unit di dalam seminggu, jualan ‘Ad Mare’ diiktiraf sebagai kedua terbaik bagi album ‘debut’ untuk mana-mana kumpulan kpop perempuan selepas Aespa. NMIXX turut mengatasi jualan album ‘debut’ yang dibuat oleh Kep1er, IVE dan Blackpink. Malah, NMIXX juga tersenarai di tangga kesepuluh bagi jualan album terkumpul yang terlaris sepanjang zaman untuk kumpulan kpop perempuan di Korea, menyusuli selepas Kep1er, IVE, Red Velvet, Girls Generation, ITZY, IZONE, Aespa, TWICE dan Blackpink mengikut turutan.

NMIXX yang dianggotai oleh tujuh orang ahli berbangsa Korea iaitu Lily, Haewon, Sullyoon, Jinni, Bae, Jiwoo dan Kyujin ini, dicipta berdasarkan tema, ‘gabungan terbaik yang dipertanggungjawabkan untuk peralihan ke era baru’. N bermaksud senjata manakala MIX pula sebagai simbol kepelbagaian citarasa. Dengan digabungkan kedua-duanya, ia membawa maksud membuka era baru di dalam dunia kpop. Lagu O.O telah dijadikan single utama manakala lagu Tank pula dijadikan sebagai runut sampingan.

Sumber: Hanteo, Gaon

loading...