Dianggap tak hormati peminat Taeyeon, netizen persoalkan kemunculan Kyuhyun Super Junior secara tiba-tiba

Netizen mempersoalkan samada kemunculan Kyuhyun Super Junior secara tiba-tiba di dalam sesi interaksi Taeyeon bersama peminat dianggap sesuatu yang agak biadap kepada peminat Taeyeon tersebut.

Pada 15 Mac 2022, beberapa peminat bertuah diberi peluang untuk berbual bersama Taeyeon secara satu-persatu menerusi ‘1:1 video call event’ yang dianjurkan oleh Mecima Shop. Sebanyak 30 orang peminat akan dipilih daripada kalangan mereka yang membeli album ‘INVU’ melalui gedung Mecima tersebut.

Salah seorang peminat sempat menangkap layar video interaksinya bersama Taeyeon dengan Kyuhyun tiba-tiba muncul di sebelah Taeyeon. Gambar tersebut dikongsikan menerusi media sosial dan mencetuskan perdebatan di ruang komuniti forum.

Dakwa netizen itu, peminat yang bertuah berkenaan hanya diberikan kesempatan beberapa minit saja untuk berbual mesra dengan Taeyeon dan kemunculan Kyuhyun secara tiba-tiba tanpa diberitahu telah mematikan peluang peminat tersebut. “Adakah dia gila? Kenapa main sergah je macam itu? Kesian dekat peminat itu,” kata netizen tersebut.

Meskipun begitu, segelintir netizen lain pula beranggapan ia tidak menjadi masalah kecuali jika Taeyeon sendiri tidak berasa selesa dengan kemunculan Kyuhyun tersebut. “Aku juga peminat Taeyeon, tapi tak rasa Kyuhyun biadap,” sebutnya pula.

Sumber: pann nate

loading...