BTS dijadualkan untuk membuat persembahan di anugerah Grammy ke-64 yang akan berlangsung pada 4 April 2022 (waktu Malaysia) bermula jam 8 pagi nanti.
Kenyataan itu telah disahkan oleh The Recording Academy dengan menyenaraikan beberapa artis termasuklah BTS yang akan membuat persembahan di anugerah berprestiji. BTS disenaraikan sehimpun dengan Brothers Osborne, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X duet bersama Jack Harlow, serta Olivia Rodrigo.
BTS tercalon di dalam kategori Best Pop Duo or Group Performance menerusi lagu “Butter” di samping “I Get a Kick Out of You” oleh Tony Bennett dan Lady Gaga, “Lonely” oleh Justin Bieber dan Benny Blanco, “Higher Power” oleh Coldplay serta “Kiss Me More” oleh Doja Cat, duet bersama SZA. Ini juga pencalonan kedua BTS di dalam kategori sama secara berturut-turut untuk anugerah berprestij itu, yang mana sewaktu kali pertama tercalon, mereka kalah di tangan gandingan Lady Gaga dan Ariana Grande.
Anugerah Grammy boleh ditonton menerusi cenel CBS di Amerika Syarikat dan cenel strim berbayar seperti YoutubeTV dan Twitter.
We will be performing at the #GRAMMYs April 3 on @CBS! See you on Music's Biggest Night @RecordingAcad!#BTS #방탄소년단 pic.twitter.com/u5glcAtgtY
— BTS_official (@bts_bighit) March 15, 2022
Sumber: variety