IVE akan membuat ‘comeback’ semula di dalam tempoh empat bulan sejak ‘debut’ pada 1 Disember 2021 lalu.
Pada 14 Mac 2022, IVE mengeluarkan makluman berkenaan album kedua, ‘Love Dive’ dengan lagu juga dikhabarkan menggunakan judul sama. ‘Love Dive’ dijangka akan dilancarkan pada jam 5 petang pada 5 April 2022 dengan perkataan ‘Dear Cupid’ jelas tertera di atas surat berwarna biru cair.
Dengan kejayaan ‘Eleven’, IVE telah mencipta beberapa rekod antaranya mencatatkan jualan album ‘debut’ melebihi 100k unit di dalam seminggu, meletakkan mereka sebaris dengan Aespa, Kep1er, NMIXX dan Blackpink. Setakat ini, IVE telah memperolehi kemenangan sebanyak 13 kali di dalam ‘music show’ seperti KBS2 ‘Music Bank’, MBC ‘Show! Music Core’ dan SBS’ ‘Inkigayo’.
Penangan lagu ‘Eleven’ juga tidak disia-siakan apabila muzik videonya kini sudah mencatatkan bilangan tontonan melebihi 100 juta orang di Youtube selain popularitinya yang agak deras di Malaysia dengan dinobatkan sebagai lagu paling digemari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Feb 2022 lalu.
IVE
THE 2nd SINGLE ALBUM
<LOVE DIVE>2022.04.05 TUE 6PM (KST)
COMING VERY SOON#IVE #아이브#LOVEDIVE #러브다이브 pic.twitter.com/9StF2UExRk— IVE OFFICIAL (@IVEstarship) March 14, 2022
Sumber: mk star