Eleven oleh IVE dan Netflix All of Us Are Dead masing-masing dinobatkan sebagai lagu Kpop dan drama Korea paling digemari rakyat Malaysia sepanjang bulan Feb 2022 lalu.
Menurut kaji selidik yang dibuat menerusi Kmania TOP Stars Feb 2022, Eleven oleh IVE berjaya memperolehi undian sebanyak 22.2% mengatasi Stay Alive oleh Jungkook (Prod. Suga BTS) (20.8%), Only oleh Lee Hi dan Jikjin oleh TREASURE yang terikat di kedudukan sama (15.3%), serta Polaroid Love oleh ENHYPEN (11.1%). Eleven yang merupakan lagu ‘debut’ nyanyian IVE ini telah dikeluarkan sejak 3 bulan lalu, dan akhirnya menjadi ‘sleeper hit’ hingga menjadi siulan rakyat Malaysia.
Manakala untuk drama paling digemari rakyat Malaysia pula ialah Netflix All of Us Are Dead (45.2%), yakni gandingan kesemua pelakon muda yang langsung tidak dikenali sebelum ini iaitu Yoon Chan Young, Park Ji Hoo, Park Solomon, Yoo In Soo dan Cho Yi Hyun. Netflix All of Us Are Dead berkisarkan tentang para pelajar yang terperangkap di sekolah yang sedang dilanda dengan wabak virus zombi. Mereka kemudiannya kesemua mereka berganding bahu berjuang untuk terus hidup.
Tidak disangkalkan lagi drama bergenre ‘zombie’ sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila filem-filem serupa seperti Train To Busan misalnya meraih pengikutnya tersendiri. Tambahan lagi, Netflix sebagai penyiar tersohor tika ini telah membantu populariti drama ini sehingga membuatkan semakin ramai lebih mudah untuk menontonnya. Menyimpul tiga drama Korea paling popular sepanjang Feb 2022 lalu ialah Netflix All of Us Are Dead (45.2%), tvN Ghost Doctor (30.1%), dan Disney+ Rookie Cops (11%).
Sumber: Kmania