“Jangan buat komen provokatif ya” – IU tolak tawaran Jay Park jadi model ‘soju’ syarikatnya

Baru-baru IU dan Jay Park berinteraksi sesama sendiri di laman instagram setelah kedua-duanya memutuskan untuk berkolaborat bagi menghasilkan single terbaru, ‘GANADARA’.

Melalui video teaser ‘GANADARA’ yang disertakan, Jay Park berasa terkilan kerana IU tidak memunculkan diri di set penggambaran muzik video. Sebagai respons, akaun instagram syarikat jenama soju kendalian Jay Park kemudiannya meletakkan komen di bawah teaser video tersebut, “Datanglah IU. Aku akan bagi 100 botol soju untukmu.”

Jay Park kemudiannya membalas komen akaun soju tersebut di bawahnya, “Aku ini model Chamisul IU. Tolong jangan keterlaluan sangat.”

Komen Jay Park itu telah mengundang reaksi tawa IU. ” Jangan buat komen provokatif ya. Model Chamisul IU masih ada di sini,” ujar IU.

IU merupakan duta eksklusif Chamisul, jenama arak soju terkemuka sejak 2020. Beliau pernah menjadi model jenama itu bermula tahun 2014 sebelum berhenti sekejap pada tahun 2018, dan kembali meneruskannya pada tahun 2020.

Sumber: Money S

loading...