Jualan album TREASURE paling laris sepanjang Feb 2022; ‘Darari’ pula tertular, jadi lagu kpop paling banyak distrim di Tiktok & Spotify Malaysia minggu ini

TREASURE mencipta momentum yang agak besar untuk kerjaya nyanyian mereka sejak ‘debut’ pada setahun setengah lalu.

Menurut Gaon, album ‘The Second Step : Chapter One’ keluaran TREASURE telah merekodkan jualan sebanyak 617,748 unit, sekaligus meletakkan TREASURE di hadapan Stay C, NMIXX, Taeyeon dan BTOB untuk jualan album terlaris sepanjang Feb 2022. Pencapaian ini adalah terbaik berbanding The First Step : Treasure Effect’ sebelum ini sekaligus memecahkan rekod persendirian mereka.

Selain Jikjin yang dijadikan sebagai single utama, lagu ‘Darari’ kemudiannya tertular berikutan ramai menyahut cabaran oleh TREASURE di laman Tiktok. Lagu ini menjadi lagu kpop paling banyak distrim di Tiktok Malaysia dan Spotify Malaysia sepanjang minggu ini serta juga tersenarai di carta Global Spotify 200 untuk dua minggu berturut-turut, menjadi kumpulan kpop generasi keempat selain Aespa yang berjaya berbuat demikian.

Lagu paling sohor kini dan distrimkan di Spotify dan Tiktok sepanjang minggu ini.

 

Baca lagi: Setengah juta unit sudah terjual, TREASURE ungguli jualan album terlaris minggu ini, menurut Hanteo & Gaon

TREASURE di dalam MBC Weekly Idols.

Jurucakap YG Ent. berkata, ” Disebabkan Darari tiba-tiba jadi popular sejak 3 miggu dikeluarkan, maka tiada muzik video ataupun persembahan di atas pentas. Korang boleh rasa sendiri betapa besarnya pengaruh TREASURE.” Dinukilkan liriknya oleh Bang Ye Dam, Darari ialah sebuah lagu berentakkan R&B yang segar berdasarkan rentak ‘trap’.

Sumber: Tiktok, Spotify, Gaon, newsis