Netizen syak sesuatu selepas Yuna ITZY & Jay ENHYPEN dilihat memesan menu makanan yang sama

Netizen mengesyaki sesuatu tentang hubungan antara Yuna ITZY dan Jay ENHYPEN apabila kedua-duanya dilihat memesan menu makanan yang sama.

Menurut satu hantaran yang tertular di laman komuniti forum, Yuna ITZY dilihat memesan burger dengan plat nama ‘Gordon Ramsay’ tertera di atasnya serta air minuman berkarbonat berdasarkan kemaskini dibuatnya di laman sosial. Sehari kemudian, Jay ENHYPEN pula memuatnaik foto memaparkan dirinya sedang memesan burger dan air minuman yang sama.

Netizen membandingkan situasi ini dengan spekulasi yang dibuat oleh mereka terhadap hubungan di antara Ryujin ITZY dan Haechan NCT sebelum ini. Bagaimanapun, Yuna cepat-cepat menafikan spekulasi liar tersebut dalam suatu hantaran dibuat menerusi Dear. U Bubble.

“Aku pergi makan bersama-sama dengan kawanku yang kukenali sejak 11 tahun lalu, sebagai tanda penghargaan bahawasanya dia sudah berjaya masuk ke kolej sekarang,” katanya. Yuna turut mengepilkan lampiran foto berikutnya sebagai bukti bahawa dia pergi makan bersama-sama dengan rakan satu sekolahnya.

Manakala bagi pihak Jay ENHYPEN pula, penyanyi itu sebenarnya bertandang ke restoren berkenaan bersama dengan keluarganya, dedahnya menerusi sesi VLIve pada 10 Mac 2022 hari ini.

Sumber: pann nate

loading...