Ditatang sejak 20 tahun lalu, anjing peliharaan Jungkook BTS kini telah pergi untuk selama-lamanya

Gureum, anjing peliharaan keluarga Jungkook BTS telah mati.

Perkhabaran itu dimaklumkan oleh abangnya, Jeon Junghyung menerusi laman sosialnya. “Gureum telah pergi meninggalkan kami sejak akhir tahun lepas. Kami berbangga dengannya kerana tetap bertahan walaupun sakit kerana mahu berjumpa dengan mak dan ayah kami. 20 tahun kami bersama dengannya,” tulisnya.

Jika benar dakwaan Jeon Junghyung itu, ini bermakna Gureum sudah hidup bersama Jungkook sejak usianya 4 tahun lagi. Pasti banyak kenangan telah ditatang bersama dan kehilangannya sudah semestinya membuatkan Jungkook turut kesedihan apabila mengenangkan dia juga membela tiga ekor anak anjing yang diberi nama, Bam, Song-ie dan Paeng-ie.

Sebaik saja diberitahu, cogan kata ‘rest in peace gureum’ menjadi sohor kini di twitter dengan ratusan peminat berpusu-pusu menciapkan ucapan takziah di atas kehilangan Gureum.

Jungkook kini di dalam persediaan untuk menjayakan konsert jelajah BTS di Seoul pada 10 Mac 2022 nanti.

Sumber: N/A

loading...