Pasha Lee, pelakon berdarah Korea ditemui mati di medan perang Russia-Ukraine

Pasha Lee (33 tahun), pelakon kelahiran Ukraine, ditemui mati di Irpin akibat dibedil bom sewaktu cuba mempertahankan kota Kyiv daripada serangan tentera Rusia.

Menurut Deadlines, Pasha Lee menyertai pasukan tentera Ukraine sejak minggu lalu demi mempertahankan tanah air tercintanya daripada dicerobohi oleh tentera Rusia.

Pelakon kacak berdarah Korea itu sempat menulis di instagram sebelum ditemui mati terbunuh. “Dalam 48 jam lalu, wujudnya peluang untukku duduk dan mengambil gambar bagi menunjukkan bagaimana kita dibom. Tapi kita tetap senyum kerana kita akan uruskan dan semuanya demi UKRAINE 🇺🇦  Kita tengah berusaha!!! ,” nukilnya di instagram sehari sebelum meninggal dunia.

Sebagai pelakon, Pasha Lee membintangi beberapa buah filem dan drama antaranya drama tempatan, ‘Provincial’. Mendiang juga pernah menyumbang suara untuk ‘dubbing’ bagi filem The Lion King dan The Hobbit.

Sebaik saja berita mengenai kematian Pasha Lee dihebahkan di media, ummah netizen Korea berpusu-pusu mengucapkan takziah buat mendiang di media sosial.

Sumber: deadlines, edaily

loading...