[Gempar] Rose Blackpink telah dijangkiti Covid-19

Rose Blackpink atau nama sebenarnya Park Chae Young telah disahkan positif Covid-19, menurut YG Entertainment.

“Ujian PCR dilakukan ke atas Rose menunjukkan positif, maka sebarang perancangannya ke luar negara terpaksa dibatalkan. Kesemua ahli Blackpink sudah pun divaksinkan. Setakat ini, tiga ahli yang lain menunjukkan keputusan yang negatif dan hanya Rose saja yang dijangkiti meskipun tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata jurucakap agensi itu.

Maka dengan itu, Rose Blackpink terpaksa menangguhkan perancangannya ke luar negara yang sepatutnya berlepas pada 28 Feb 2022 hari ini. Manakala menerusi platform media sosial pula, rata-rata peminat mendoakan penyanyi idola mereka agar sembuh daripada penyakit yang dialaminya ketika ini.

Ini bukan kali pertama ahli-ahli Blackpink dijangkiti virus berkenaan. Lisa pernah disahkan positif pada akhir November 2021, dan akhirnya sembuh selepas seminggu kemudian.

Sumber: moneytoday

loading...