[Gempar] NUEST akhirnya terbubar selepas 10 tahun, bakal keluarkan album sebagai hadiah terakhir

Kontrak NUEST akan berakhir pada 14 Mac 2022. Secara tak rasminya, NUEST akan dibubarkan selepas sepuluh tahun berada di dalam industri kpop.

Jurucakap agensinya, Pledis Entertainment dilaporkan berkata, “Kontrak eksklusif bersama NUEST akan tamat pada 14 Mac. JR, Aron dan Ren memutuskan untuk keluar manakala Baekho dan Minhyun pula akan menandatangani kontrak baru bersama kami. Setelah berunding dengan kesemua ahli, kami menghormati pilihan mereka.”

“Sejak debut 10 tahun lalu, NUEST disayangi oleh ramai peminat kerana persembahan, muzik dan gaya mereka yang tidak gentar akan cabaran menanti. Kami menghargai jasa JR, Aron, Baekho, Minhyun, dan Ren yang telah berusaha gigih sepanjang sepuluh tahun lalu,” ujar jurucakap agensi itu.

“Dengan album terakhir yang bakal dilancarkan pada Mac ini, ahli-ahli akan mempromosikan aktiviti rasmi mereka sebagai NUEST di bawah Pledis Entertainment. Kami akan menyokong mereka,” katanya lagi.

NUEST mula ‘debut’ pada Mac 2012 dengan lagu single pertama, ‘Face’ yang membuatkan mereka terkenal di rantau dunia. Semua ahli NUEST kecuali Aron menyertai Mnet Produce Musim ke-2, dengan Hwang Minhyun terpilih sebagai salah seorang ahli Wanna One. Setelah hampir dua berbakti bersama Wanna One, Hwang Minhyun kembali bersama NUEST dan mengeluarkan album studio penuh kedua mereka, ‘Romanticize’ pada tahun 2021.

Sumber: mkstar

loading...