Digosipkan bercinta dengan Song Yuqi (G)I-DLE, Jackson Wang GOT7 ugut akan ambil tindakan saman

Jackson Wang atau Wang Jia Er daripada GOT7, memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap media yang menyebarkan khabar angin palsu berkenaan dakwaan bercinta dengan Song Yuqi (G)i-dle berpandukan video klip yang telah diubahsuai tentang fakta sebenarnya.

“Kami telah pun mengadu kepada pihak polis. Kami mahu mempertahankan hak Jackson Wang di bawah undang-undang (China) dan tidak membenarkan sesiapa yang melanggar undang-undang untuk mencuba nasib,” tegas wakil agensinya, Team Wang.

“Tukang gambar Liu Da Chui cuba memperkecilkan pengaruh Jackson Wang dengan menyebarkan video klip yang dicampur-adukkan dengan harapan untuk memusingkan kebenaran. Malah, dia sanggup menggunakan ayat-ayat tertentu seperti ‘luangkan masa bermalam’,’bunga ros’,’dua orang wanita cantik’,’dibawa pulang ke rumah Jackson Wang’ dan ‘Korang harus faham, aku tak perlu cakap apa lagi sudah’ sehingga mengelirukan netizen. Mungkin ada agenda tertentu yang tersembunyi,” jelas wakil agensinya di sebalik tindakan saman itu.

Walaubagaimanapun, Jackson Wang tidak menafikan keberadaan ‘gadis’ yang dimaksudkan di rumahnya ketika itu dan mengingatkan media supaya menghormati privasinya. “Agak normal bagi kawan-kawan untuk bertandang ke rumah Jackson Wang. Tindakan media itu bukan saja menceroboh privasi Jackson Wang, malah merosakkan reputasinya,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular sebuah video yang tertular di laman weibo dan twitter yang memaparkan kelibat lelaki yang disangka sebagai Jackson Wang itu cuba menghantar wanita yang didakwa sebagai Song Yuqi tersebut pulang dengan pemandu peribadinya dan menyerahkan tiga kuntum bunga ros sebagai hadiah selepas bermalam di kediaman miliknya.

Sumber: weibo

loading...