Hwang Hana, bekas tunang Park Yoo Chun ini gagal ketepikan hukuman penjara di Mahkamah Persekutuan Korea

Hwang Hana, yang disabitkan kesalahan menyalahguna syabu sebelum in, gagal mengenepikan hukuman penjara di dalam rayuannya dibuat ke atas Mahkamah Persekutuan Korea.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara sebanyak 1 tahun 8 bulan dan denda sebanyak 500,000 won (~RM1,742.21) ke atasnya.

Terdahulu, Hwang Hana yang juga bekas tunang Park Yoochun, telah didakwa di atas penyalahgunaan syabu sebanyak empat kali di rumah kenalannya pada Ogos 2020. Tertuduh juga turut didakwa mencuri barangan bernilai 5 juta won termasuklah kasut mewah daripada kenalannya pada November 2020.

Sebagai responnya terhadap keputusan mahkamah pada hari ini, Hwang Hana berkata, “Ia ternyata sukar, tapi aku akan buang telefon bimbit dan berhijrah jauh ke pedalaman agar dapat kecapi hidup baru dengan gigih sekali.”

Sumber: moneytoday

loading...