“Aku sudah penat, nak habiskan cepat” – Saerom fromis_9 dakwa kenyataannya dipetik di luar konteks

Lee Saerom menjelaskan kenyataannya, “Aku sudah penat, nak habiskan cepat dan balik” dalam insiden yang tidak disengajakan berlaku ketika sesi Vlive berlangsung pada 11 Feb 2022 lalu.

Sekitar jam 12 pagi tadi pada 13 Feb 2022 hari ini, Saerom membuat penjelasan lanjut mengenainya di laman Weverse.

Baca lagi: “Aku sudah penat, nak habiskan cepat” – Saerom fromis_9 dikecam selepas tampil ‘fake’ depan peminat

“Antara berakhirnya kuarantin sendiri dengan bermulanya sesi VLive itu, ini kali pertama aku dapat bersemuka dan berbual dengan rakan-rakan fromis_9. Pada mulanya, aku seronok kuarantin sendiri kerana tak perlu kerap berjumpa dengan mereka, tapi lama-kelamaan aku jadi bosan kerana tidak boleh keluar,” katanya.

“Tempoh kuarantin sepatutnya 7 hari saja, tapi aku tak boleh kembali ke asrama sehingga Seoyeon yang tinggal di asmara sama telah disahkan negatif Covid-19. Aku terlalu risau tentang keadaannya sebab itulah aku nak balik cepat berjumpa dengannya. Itu sebablah kenyataan ini diambil di luar konteksnya sehingga mendatangkan salah faham,” tambahnya lagi.

Saerom turut membuat permohonan maaf kepada peminat fromis_9, Flover kerana tidak menunjukkan imej yang baik, dan berjanji akan lebih matang dan lebih berwaspada di masa depan.

Baru-baru ini fromis_9 membuat ‘comeback’ dengan lagu ‘DM’ tetapi terpaksa membatalkan promosinya sebentar setelah Lee Seo Yeon didapati positif Covid-19.

Sumber: Weverse, soompi

loading...