Teruja dengan berita perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin, netizen Jepun mahu ‘pekena’ nasi kenduri nanti di Korea

Peminat di Jepun melahirkan rasa teruja mereka terhadap berita perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin, yang diumumkan pada 11 Feb 2022 semalam.

Drama tvN Crash Landing on You yang disiarkan oleh Netflix di seluruh pelusuk dunia berjaya menggamit perhatian penggemar drama terutamanya dalam kalangan rakyat Jepun. Ketika Netflix mula menayangkan drama tersebut di bumi matahari terbit itu pada Februari 2020, tvN Crash Landing on You kekal di posisi no.1 tontonan terbanyak untuk sepuluh minggu berturut-turut lamanya.Akibatnya, tvN Crash Landing on You menjadi drama Korea paling disukai oleh rakyat Jepun semenjak KBS Winter Sonata mula menyusuri sekitar tahun 2002.

Media Jepun antara yang terpantas di dalam melaporkan berita pengumuman mereka. Yahoo Japan, enjin carian yang popular di Jepun dengan segera memaparkan berita-berita seumpama daripada Asahi Shimbun, Yomiuri Shimbun, dan Sankei Sports sebaik saja diumumkan. Kesannya, drama ‘Crash Landing on You’ menjadi sohor kini di tempat pertama di laman twitter Jepun dengan komentar-komentar seperti “Cinta di dalam drama telah menjadi realiti”,”Ia pertemuan antara lelaki berketurunan baik dengan wanita yang jelita” dapat dilihat menerusinya.

Tidak lupa juga twitter Netflix Japan turut membuat ucapan penghargaan sambil berkata, “Tahniah di atas perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin daripada ‘Crash Landing on You’ sehingga mendapat lebih 10,000 ulang kicau.  Antara komen yang menarik perhatian yang adalah keinginan salah seorang daripadanya untuk mengunjungi majlis kahwin mereka itu. “Terlalu gembira berita itu malam semalam. Tak tahu macammana, tetapi aku kena juga hadiri majlis kahwin itu. Aku pula rasa.. hahaha Sapa kau! hahaha, ” katanya.

Hyun Bin dan Son Ye Jin mula menjalinkan hubungan mesra setelah bertemu di dalam filem ‘Negotiation’ pada tahun 2018. Bermula daripada persahabatan, hubungan menjadi semakin serius selepas kedua-duanya membintangi drama tvN ‘Crash Landing on You’. Pada 1 Januari 2021, mereka mengakui sudah dilamun cinta dan selepas dua tahun berhubungan cinta, mereka akhirnya mengumumkan perkahwinan mereka di laman instagram masing-masing.

Baca lagi: [Sohor Kini] Sama cantik, sama padan Hyun Bin dan Son Ye Jin akhirnya ditakdirkan ke jinjang perkahwinan

Hyun Bin dan Son Ye Jin dijangka mengadakan majlis kahwin pada Mac ini dengan hadiri keluarga dan rakan terdekat saja.

Sumber: sbs news

loading...