Berita mengenai aktor kacak Hyun Bin dan aktres jelita Son Ye Jin akan berkahwin menggemparkan dunia hiburan bukan sahaja di Korea malah diperingkat global.
Pada 10 Februari, menerusi akaun Instagram agensinya VAST Entertainment, Hyun Bin mengeluarkan kenyataan berikut:
Hello, ini Hyun Bin. Anda semua sihat? Saya menulis ini kerana saya ingin semua peminat yang selama ini telah menyokong dan menyayangi saya biarpun saya juga punya kekurangan mengetahui terlebih dahulu tentang keputusan paling penting dalam hidup saya ini.
Mungkin ramai yang sudah dapat menjangkakan bukan? Ya,memang betul. Saya telah membuat keputusan besar untuk dalam kehidupan ini. Saya akan berkahwin, dan kami akan melangkah ke kehidupan baru. Saya telah membuat janji ini dengan wanita yang sering membuat saya ketawa (Son Ye Jin): untuk sentiasa berjalan bersama di hari-hari yang mendatang.
‘Jung Hyuk dan Se Ri’ yang bergandingan dalam drama itu akan mengambil langkah pertama bersama pada masa hadapan. Saya percaya bahawa anda akan bergembira dan meraikan langkah pertama kami bersama-sama dengan kasih sayang dan kemesraan yang sama yang telah anda tunjukkan kepada kami selama ini.
Sehingga kita dapat bertemu lagi, harap semua kekal bahagia dan sihat.
Dalam masa yang sama, Son Ye Jin turut mengambil peluang untuk berkongsi isi hatinya menerusi Instagram peribadinya. Dia memuat naik foto mini gaun pengantin, yang seolah-olah membayangkan bahawa dia akan berkahwin dengan Hyun Bin. Antara pengkongsiannya seperti berikut :
Saya berfikir panjang tentang bagaimana untuk berkongsi cerita ini kerana ia adalah penting. Saya menemui seseorang (Hyun Bin) untuk menghabiskan sisa hidup saya
Saya telah fikir bahawa seorang lelaki dan seorang wanita bertemu, berkongsi hati mereka, dan menjanjikan masa depan antara satu sama lain agak di luar jangkauan imaginasi, tetapi kami secara semula jadi menghampiri titik itu untuk sampai ke sini. Adakah ini yang dikatakan takdir? Ya, inilah takdir untuk kami berdua.
Hanya dengan dia, saya berasa hangat dan dilindungi. Mohon bantu kami untuk meraikan permulaan masa depan kami.
Dan untuk peminat yang dikasihi, saya telah menerima cinta tanpa syarat untuk jangka masa yang panjang,saya fikir, tidak ada cara untuk membayarnya. Ketahuilah bahawa saya sangat berterima kasih dan saya juga mendoakan kebahagiaan anda semua!
Hyun Bin dan Son Ye Jin telah lama berkawan sebelum membintangi bersama dalam drama hit “Crash Landing on You.” Selepas tamat drama, mereka mula berpacaran, dan mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2021.
Berikutan kenyataan peribadi pelakon itu, agensi mereka turut mengesahkan bahawa Hyun Bin dan Son Ye Jin akan melangsungkan perkahwinan mereka di Seoul pada bulan Mac. Disebabkan COVID-19, mereka akan melangsungkan perkahwinan yang tenang dan tertutup dengan kehadiran ibu bapa pengantin serta kenalan mereka.
Tahniah kepada pasangan yang dua sejoli ini!
Sumber : sports.donga | Naver