Lee Se Young jatuh pengsan dan kini sedang dirawat di hospital

Lee Se Young yang manis digelar Hidayah oleh peminatnya di Malaysia merangkap tukang lawak terkemuka daripada SNL Korea saban lalu, didapati telah jatuh pengsan dan kini sedang dirawat di hospital.

“Aku sedang dirawat di hospital dan akan dibebaskan esok,” kata Lee Se Young pada 6 Feb 2022 sebaik saja dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Apabila aku tiba saja di unit kecemasan, aku didapati alami penyahhidratan dan tak boleh terima suntikan. Akibatnya, tekanan darah menurun dengan banyaknya dan aku pun jatuh pengsan buat pertama kali sepanjang hayatku. Macammana pun, jaga kesihatan itu penting,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Lee Se Young mengaku telah dijangkiti Covid-19 menerusi hantaran dibuatnya di laman instagramnya. Dia juga sedang menjalinkan hubungan dengan teman lelaki lebih muda daripadanya yang berketurunan campuran Jepun dan Korea sejak tahun 2019.

Sumber: sport chosun