Kerana selesema teruk yang berpanjangan, Sunghoon ENHYPEN terpaksa jalani pembedahan rinitis

Sunghoon ENHYPEN akan direhatkan seminggu selepas menjalani pembedahan rinitis untuk mengubati selesema teruk yang dialaminya.

Agensinya Belift Lab, dilaporkan berkata, “Sunghoon tidak selesa menyanyi dan kehidupan hariannya terganggu kerana alahan resdung (rinitis).  Doktor juga menyarankan proses pemulihan diperlukan selepas pembedahan rinitis. Maka, Sunghoon tengah berehat.”

“Jungwon akan menggantikan tempat Sunghoon sebagai hos sementara KBS Music Bank,” tambahnya lagi dengan menganggarkan tempoh rehat Sunghoon adalah sekurang-kurangnya seminggu.

ENHYPEN kini di dalam rangka mempromosikan album repackaged ‘DIMENSION: ANSWER’ dengan lagu ‘Blessed Cursed’ yang dijadikan sebagai single utama. Kejayaan album berkenaan juga menunjukkan unjuran yang agak positif di dalam carta muzik Gaon dan juga Billboard dengan mencapai kedudukan no.1 dan no.72 masing-masing.

Sumber: newsis

loading...