Surat Jimin BTS tuliskan ketika dia tengah sakit ini buat netizen berlinang air mata

Surat yang dinukilkan oleh Jimin BTS sendiri berhubung status terkininya yang kini sedang di dalam proses pemulihan kerana menjalani pembedahan apendiks dan pada waktu yang sama turut dijangkiti Covid-19, telah membuatkan netizen berlinang air mata.

“ARMY, ini Jimin. Ketika cuti tahun baru Lunar semakin menghampiri, terasa 2022 sudah tiba. Aku ingin tahu tetapi juga resah tentang apa yang korang alami. Aku pernah terasa perit ketika kita menangis, tertawa dan cuba saling memujuk antara satu sama lain kerana ia sudah menjadi kenangan saja,” tulisnya menerusi surat dikirimkan buat peminat pada 31 Jan 2022 lalu.

“Tapi, aku tak boleh berdiri lagi. Aku gembira kerana korang menjadi kekuatanku di dalam situasi sebegini. Aku akan menunggu korang. Aku hanya dua impian saja tahun baru ini. Satunya, aku nak korang bergelak tawa lebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya. Keduanya, aku nak korang hidup sihat fizikal dan mental. Kepada ARMY yang merinduiku selama ini, aku harap tahun ini tidak terhenti dengan ‘I miss you’ saja. Terima kasih kerana menungguku di tempat sama. Sayang korang dengan sepenuh hati,” tulisnya lagi mengakhiri kalam bicara.

Sebaik saja dimaklumkan Jimin mengalami Covid-19 dan pada masa sama terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks, peminat tidak dapat menahan sebak lantas mengalirkan air mata. Mereka berpusu-pusu mendoakan penyanyi itu cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya.

“Air mataku berlinangan sejak membaca surat nukilan Jimin itu sendiri,” kata salah seorang netizen. “Jimin sangat baik kerana buatkanku menangis,” kata netizen yang lain pula. Sejak dimaklumkan dua hari lalu, ‘JIMIN JIMIN’,’Get well soon Jimin’ antara cogan kata yang tertular di laman twitter dan berita mengenainya turut dilaporkan oleh Forbes, CNN, Billboard dan sebagainya.

Sumber: star mt

loading...