Nama Baekhyun EXO kembali diperkatakan selepas penyanyi kacak lagi comel itu bertindak membalas komen peminat satu-persatu hari ini, 29 Jan 2022.
Baekhyun dilihat membalas komen peminat yang mengimpikan sekiranya mereka diberi peluang untuk keluar bersama-sama dengannya hari ini. Tidak kurang juga peminat yang mengaku menulis diari dan dipuji hasilnya begitu cantik oleh Baekhyun kemudian.
#백현아오늘은
요즘에는 한시간 다이어리 쓰는 중!!! 너무너무 재밌어👍🥺 pic.twitter.com/hNfMF7rmnq— 솜미 (@wealthypuppy) January 29, 2022
Lebih menghiburkan lagi, Baekhyun juga sempat bergurau-senda dengan peminat yang dikatakan membawa patung beruang ‘Teolaegi’ pergi bercuti tanpanya. “Nampaknya Teolaegi lebih penting dari saya ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ,” ujarnya. Sebilangan peminat yang mempamerkan patung beruang tersebut di laman twitter juga sempat dibalas oleh Baekhyun dengan jayanya.
ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ터래기가 나보다 낫다…. 부럽다터랙아…
— Baekhyun_EXO (@B_hundred_Hyun) January 29, 2022
Baekhyun kini sedang bercuti di rumah menyambut cuti tahun baru dan perlu menghabiskan tempoh khidmat pekerja sosialnya sekurang-kurangnya untuk setahun lagi. Penyanyi itu baru saja dinobatkan penyanyi lelaki solo terbaik oleh Mnet Music Awards (MAMA) 2021 untuk tiga tahun berturut-turut.
Sumber: twitter