Bertuah betul peminat, komen mereka tiba-tiba dibalas oleh Baekhyun EXO satu-persatu

Nama Baekhyun EXO kembali diperkatakan selepas penyanyi kacak lagi comel itu bertindak membalas komen peminat satu-persatu hari ini, 29 Jan 2022.

Baekhyun dilihat membalas komen peminat yang mengimpikan sekiranya mereka diberi peluang untuk keluar bersama-sama dengannya hari ini. Tidak kurang juga peminat yang mengaku menulis diari dan dipuji hasilnya begitu cantik oleh Baekhyun kemudian.

Lebih menghiburkan lagi, Baekhyun juga sempat bergurau-senda dengan peminat yang dikatakan membawa patung beruang ‘Teolaegi’ pergi bercuti tanpanya. “Nampaknya Teolaegi lebih penting dari saya ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ,” ujarnya. Sebilangan peminat yang mempamerkan patung beruang tersebut di laman twitter juga sempat dibalas oleh Baekhyun dengan jayanya.

Baekhyun kini sedang bercuti di rumah menyambut cuti tahun baru dan perlu menghabiskan tempoh khidmat pekerja sosialnya sekurang-kurangnya untuk setahun lagi. Penyanyi itu baru saja dinobatkan penyanyi lelaki solo terbaik oleh Mnet Music Awards (MAMA) 2021 untuk tiga tahun berturut-turut.

Sumber: twitter

loading...