Kerana insiden jatuh tersembam, kuda kendalian pelakon drama KBS Taejong Yi Bang-won akhirnya mati

Produksi drama KBS The King of Tears, Lee Bang Won atau Taejong Yi Bang-won, dikecam netizen dalam kalangan aktivis haiwan hari ini di atas kecuaian membiarkan kuda jatuh tersembam ketika menjalani penggambaran drama berkenaan sehingga menyebabkannya mati.

Menurut aktivis haiwan Animal Freedom Coalition, kuda tersebut didapati telah dipaksa jatuh tersembam selepas kakinya disentap oleh tali dalam keadaan kepalanya pula berputar 90 darjah mengenai tanah di bawahnya. Kebimbangan telah disuarakan samada kuda itu mengalami kecederaan parah dan pihak produksi turut didesak untuk mendedahkan butiran mengenainya.

Klip video disediakan oleh allkpop.

Rentetan daripada itu, bagi menjelaskan tentang apa yang berlaku sebenarnya, jurucakap produksi KBS mengesahkan bahawa kuda yang dikendalikan oleh pelakon Kim Young Chul itu akhirnya mati selepas mengalami kecederaan teruk.

“Kemalangan berlaku ketika penggambaran adegan Lee Seong-gye menunggang kuda hingga pelakon itu terjatuh dengan kepala kuda tersebut jatuh tersembam ke atas tanah. Menyedari kuda terus naik selepas insiden itu, kami ingatkan tiada kecederaan berlaku dan menghantar balik kuda ke kandangnya. Disebabkan penonton begitu bimbang dengan keadaan kuda tersebut, kami cuba mengambil tahu tentang keadaannya semula di kandang terbabit dan mendapati kuda itu sudah mati selepas seminggu kemudian,” ujar jurucakap pihak produksi itu.

“Kami memohon maaf  dan bertanggungjawab di atas insiden malang itu, serta berjanji bahawa kejadian sama tidak berulang lagi sekaligus memastikan adegan rakaman aksi kuda dibuat dengan cara yang lebih baik lagi di masa hadapan, ” tambahnya lagi.

Kecaman yang sama turut disuarakan netizen menerusi ruangan komentar instagram Joo Sang Wook yang menggesa pelakon itu berwaspada dan menasihati krew dan rakan pelakon lain untuk lebih berhati-hati.

Sumber: news1, kawa hq

loading...