Pernah menyulam cinta sesama jenis, artis kpop terkenal disebut-sebut sebagai pelaku

May be a black-and-white image of 1 person

Hubungan homoseksual bukan sesuatu yang agak norma dalam kebanyakan rakyat Korea apabila ianya masih lagi tabu untuk didedahkan kepada umum walaupun Korea diakui sebagai negara yang mempromosikan amalan liberalisme di dalam industri hiburannya.

Malahan ada kumpulan kpop yang terpaksa dibubarkan pada awal 2000-an kerana salah seorang anggotanya terbabit di dalam hubungan sesama jenis dengan anggota kumpulan kpop lain dan didapati curang hingga menyebabkan kecemburuan kepada ‘kekasihnya’ di dalam kumpulan sama. Kumpulan kpop tersebut ialah “K’Pop” yang disertai oleh Donghwa, Jumin, Youngwon, Yoobin dan Woohyun.

Baru-baru ini, berdasarkan artikel yang disediakan oleh majalah Woman Sense yang kemudiannya tertular di laman komuniti forum Pann Nate, arakian tersebutlah dua kisah cinta sesama jenis yang pernah berlaku pada suatu ketika dulu.

Menurut Woman Sense, kisah pertama melibatkan artis Kpop A yang didapati kantoi bercinta dengan artis Kpop B di dalam satu insiden berlaku di bilik menunggu sebuah stesen tv terkemuka. B dipercayai cuba untuk membangunkan A yang jatuh pengsan dengan mata A hanya tertumpu tepat ke arahnya. Bagaimanapun, A dan B tidak dapat mengawal keadaan apabila tindakan spontan B itu telah menyebabkan hubungan cinta  mereka dapat dihidu oleh ahli-ahli kumpulan lain dan pengurus kumpulan tersebut.

“Kenapa kau buat aku begini?,” tanya A. “Aku dah cakap jangan tunjuk macam ini ketika kita di dalam program siar,” jawab B pula.

Disebabkan A dan B bergaduh sebelum program siar bermula, maka kumpulan kpop berkenaan tidak dapat membuat persembahan di atas pentas. Malah, A dan B yang lebih terkenal berbanding ahli-ahli yang lain telah membuatkan agensi mereka berkira-kira sebelum akhirnya memutuskan untuk melepaskan mereka pergi. Digelar sebagai pasangan ‘1+1’ oleh pengamal industri, A dan B tetap meneruskan hubungan mereka selepas itu. Spekulasi netizen kemudian menjurus kepada kumpulan kpop yang menggunakan konsep punk di dalam muziknya.

Menurut kisah kedua pula, artis kpop C daripada kumpulan tertentu yang ditakrifkan sebagai seorang bertubuh kurus lansing, suka berceloteh dan mudah berkawan didapati telah terpikat dengan artis kpop D daripada kumpulan lain hingga mendorongnya membuat luahan cinta terhadap lelaki itu.

Di dalam satu insiden berlaku di bilik menunggu sebelum sesi rakaman artis-artis, C yang menemui D buat pertama kali kemudian menanyanya satu soalan.

“Belah mana kau tinggal?,” tanya C. “Aku tinggal di barat sungai Han,” jawab D. Jawapan D tersebut dikatakan telah membuatkan C terjatuh hati kepadanya selepas D menyebut arah mata angin yang didapati bertentangan dengannya.

Pada mulanya dianggap sebagai kawan sesama artis, D tidak menyangka selepas insiden berkenaan, C kerap mengunjunginya di set penggambaran, bahkan sampai bertandang hingga ke rumahnya selalu. Akhirnya, D yang berkarakter lelaki gagah itu, bagaimanapun berasa tidak selesa dan mula menjauhi C. Luahan cinta C juga dikatakan telah ditolak oleh D sekeras-kerasnya. Malang tidak berbau, gosip hubungan di antara C dan D itu kemudiannya dapat dihidu oleh industri dan dianggap sebagai terlalu serius hingga menyebabkan D dikeluarkan daripada kumpulan dianggotainya.

Berikutan pendedahan kisah romantis tersebut, netizen berspekulasi tentang nama-nama kumpulan kpop yang pernah menggunakan konsep ‘punk’ di dalam muziknya selain ahli kumpulan kpop yang memiliki tubuh kurus langsing dan banyak bercakap di depan media sosial.

Sumber: woman sense, pann nate

loading...