Kecoh lutut Jang Won Young berdarah ketika buat persembahan bersama IVE di atas pentas hari ini

May be an image of 3 people

Netizen tidak dapat menahan perasaan bagi meluahkan perasaan simpati mereka terhadap Jang Won Young yang dikatakan mengalami kecederaan kecil ketika membuat persembahan di atas pentas KPOP Click Festival yang berlangsung pada hari ini, 15 Jan 2022.

Menurut klip video yang tertular di media sosial itu, darah kelihatan mengalir keluar daripada lututnya dipercayai akibat tergeser dengan lantai. Walaubagaimanapun, dakwa netizen itu lagi, kecederaan kecil itu tidak mematahkan semangat Wonyoung untuk dia meneruskan bahagian tariannya seperti biasa. IVE menyampaikan lagu ‘That’s my Girl’ dan ‘Take It’ ketika hadir membuat persembahan KPOP Click Festival.

Setakat ini, pihak agensi belum lagi bertindakbalas terhadap dakwaan samada Jang Won Young benar-benar tercedera atau terdapat bendasing yang melekat pada lutut kakinya.

Sementara itu, IVE memperolehi kemenangan kelapan di MBC Show! Music Core menerusi lagu ‘Eleven’ keluaran album ‘debut’ mereka meskipun IVE tidak hadir untuk membuat persembahan.

Sumber: cbci

loading...