Minhee CRAVITY, Chaehyun Kep1er & Yeosang ATEEZ bakal disatukan sebagai hos terbaru ‘The Show’

Minhee CRAVITY, Chaehyun Kep1er dan Yeosang ATEEZ bakal digandingkan sebagai hos baru untuk rancangan muzik-muzik popular, ‘The Show’.

Mereka akan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Kim Yo Han dan Jihan Weeekly  yang telah menamatkan tugas mereka pada 14 Disember 2021 lalu manakala Yeosang ATEEZ pula akan menyambung tugas berikut untuk tahun seterusnya.

Kang Minhee yang memulakan kariernya sebagai penyanyi menerusi kumpulan X1, sebelum komited bersama CRAVITY bakal mencabarkan dirinya sebagai hos untuk kali pertama dan bergandingan pula dengan penyanyi idola Chaehyun yang baru saja ‘debut’ dengan album sulung Kep1er pada minggu lalu. Sebelum ini, Kim Yo Han, Jihan Weeekly dan Yeosang ATEEZ telah memangku tugas berkenaan untuk beberapa bulan lamanya.

Kim Yo Han, Jihan Weeekly dan Yeosang ATEEZ

CRAVITY agak dikenali di seluruh dunia terutamanya di Malaysia apabila dua daripada ahlinya merupakan bekas X1 dan salah satu daripadanya pernah tinggal di Malaysia suatu ketika dulu.

Episod pertama ‘The Show’ gandingan trio ini pula bakal disiarkan pada hari Selasa hari ini jam 5 petang.

Sumber: moneytoday

loading...