Belum sampai seru lagi buka akaun instagram, Soobin TXT jelaskan hanya Yeonjun saja mahu buat ketika ini

May be an image of 2 people and indoor

Soobin TXT menjelaskan kepada netizen sebab kenapa beliau belum bersedia untuk membuka laman instagram seperti yang dilakukan oleh Yeonjun.

Di dalam hantaran dibuatnya menerusi Weverse sebagai menjawab soalan daripada peminat Moa, Soobin TXT merasakan tiada keperluan untuknya membuka laman instagram.

“Adakah membuka instagram ini pilihan kau sendiri?,” tanya peminat itu. “Ya, agensi memang ada tanya dan hanya ahli yang mahu buka saja akan buat satu,” jawabnya lagi merujuk kepada Yeonjun.

“Boleh tak bagitahu kami bila kau akan bukak instagram?…Adakah kaulah orang yang nak buka akaun itu?,” tanya peminat lain yang berbeda.

“Aku takkan buat,” jawabnya secara ringkas. “Siapa tahu hehehe mungkin yeonjun saja yang buka, atau ada ahli lain buka juga satu masa nanti?,” tambahnya lagi.

“Dan kenapa kau tak nak buka akaun?,” soal peminat lain pula.

“Sebab aku malas,” ujar Soobin menjelaskan tiada keperluan untuknya membuka instagram buat masa ini.

TXT baru-baru ini merangkul anugerah Bonsang di dalam Golden Disk Awards ke-36 di atas pencapaian album kedua mereka, ‘Chaos Chapter: FREEZE’ serta album repackaged, ‘Chaos Chapter: FIGHT OR ESCAPE’ pada tahun 2021.

Sumber: Weverse

loading...