Khabar angin artis Kpop popular bakal berkahwin pada Mac ini bertiup kencang, gara-gara pendedahan seorang netizen Korea

May be an illustration of 1 person

Khabar angin melibatkan artis Kpop popular di Korea bertiup kencang baru-baru ini gara-gara pendedahan seorang netizen mengenainya.

Dengan dibekalkan tajuk “Penyanyi idol kumpulan no.1, dengan gadis bertatu bakal berkahwin pada awal Mac ini” di laman komuniti forum Pann Talk, netizen itu mendakwa sebuah portal gosip sensasi terkemuka cuba menyembunyikan kisah cerita mereka di hadapan peminat sebaliknya memaparkan gosip percintaan selebriti lain.

Dakwanya lagi, kebanyakan media sudah dapat menghidu gosip percintaan di antara kedua-duanya, namun tidak mendedahkannya lagi buat sementara.

Tidak dapat dipastikan kesahihan khabar angin tersebut, bagaimanapun komentar netizen menjurus kepada seorang penyanyi idol yang bukan saja terkenal di Korea bahkan di seluruh dunia yang pernah terpalit di dalam kontroversi melibatkan gadis pembuat tatu sebelum ini. Khabar angin palsu melibatkan penyanyi idol yang sama itu juga pernah berlegar-legar tak lama dulu menerusi kandungan dibuat oleh seorang Youtuber kontroversi.

Apapun, khabar angin tetap khabar angin selagi berita yang sahih belum dipaparkan.

Sumber: Pann Talk

loading...