‘Chaos Chapter: FREEZE’ oleh TXT diiktiraf album kpop terlaris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2021

May be an image of 4 people

Album kedua keluaran TXT, ‘Chaos Chapter: FREEZE’ dinobatkan sebagai album terlaris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2021 menurut data dikeluarkan oleh Forbes.

‘Chaos Chapter: FREEZE’ yang dilancarkan pada Mei 2021 berjaya memungut jualan sebanyak 215,000 unit mengatasi pencapaian dibuat oleh kumpulan-kumpulan kpop lain seperti SEVENTEEN, NCT 127, dan TWICE yang turut mengeluarkan album sepanjang 2021. ‘Chaos Chapter: FREEZE’ juga diiktiraf sebagai album kelima terlaris di Amerika Syarikat.

Di dalam carta Billboard 200 pula, ‘Chaos Chapter: FREEZE’ berjaya mendaki hingga di tempat kelima dan kekal berada dalam kalangan Top 200 selama 22 minggu secara keseluruhan, menjadikan mereka salah satu empat daripada kumpulan kpop selain BTS, TWICE dan NCT 127 yang berada di dalam top 5 carta album mingguan Billboard 200 pada tahun 2021 lalu. Untuk carta album tahunan Billboard 2021 pula, album ini berada di tangga ke-197.

Kehebatan ‘Chaos Chapter: FREEZE’ tidak disia-siakan oleh para pengkritik muzik yang menamakan album tersebut sebagai antara album kpop terbaik oleh majalah Rolling Stone dan TIME, di samping lagu TXT yang diangkat lagu kpop terbaik tahun 2021 oleh majalah Billboard.

Sumber: tenasia

loading...