Susuk tubuh sampai nampak tulang rangka, Jung Ho Yeon akui tak sempat makan kerana terlalu sibuk

May be an image of 1 person and standing

Jung Ho Yeon mencetuskan kegelisahan netizen setelah memuatnaik gambar di dalam instagramnya.

Gambar yang diambil ketika pelancaran ‘LACMA art + film gala’ itu menunjukkan pelakon merangkap model itu amat kurus sehingga menampakkan tulang rangka di dada. Ia mendorong kepada spekulasi samada pelakon itu sedang menghidapi penyakit aneroksia nervosa.

Walaubagaimanapun, Jung Ho Yeon mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak berkesempatan untuk makan kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja di Amerika Syarikat sempena mempromosikan drama Netflix Squid Game.  “Maka, berat banyak hilang. Kesemua baju yang aku pakai sejak datang ke Amerika telah longgar sekarang,” katanya. Berat Jung Ho Yeon dilaporkan telah berkurangan sebanyak 4kg daripada 49kg dengan ketinggian sebanyak 176cm.

Netizen yang bimbang akan keadaan Jung Ho Yeon, menasihati pelakon itu supaya kerap makan demi mengekalkan tubuh badan sihat meskipun dalam keadaan ramping. Adalah lebih elok sekiranya Jung Ho Yeon menggunapakai nasihat peminat tersebut.

loading...