Jung Il Hoon, bekas ahli BTOB, menang di atas rayuannya berhubung kes pengedaran ganja di Mahkamah Tinggi Seoul hari ini.
Mahkamah sebaliknya mensabitkan hukuman penjara dua tahun kepada tiga tahun pergantungan, rawatan terapi dadah selama 40 jam dan denda sebanyak 120 juta won (~RM 426,567). Jung Il Hoon perlu berkelakuan baik sepanjang tiga tahun untuk mengelakkan dirinya menjalani hukuman penjara selama dua tahun.
“Dalam kes Ilhoon, defendan memang hisap, beli dan jual dalam tempoh panjang. Tetapi, mahkamah difahamkan defendan telah berhenti menjual ganja sejak Jan 2019, dan tiada rekod jenayah lampau daripadanya, malah defendan juga cuba mendapatkan rawatan psikiatrik dan cuba mengurangkan ketagihan terhadap dirinya selain keluarga yang sanggup menawar untuk membimbingnya,” tegas hakim menyatakan keputusannya.
Baca lagi: Jung Ilhoon lega terlepas hukuman penjara 2 tahun terus selepas didapati edar ganja
Sebelum ini pada 10 Jun 2021, Ilhoon dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda 133 juta won (RM491,182) kerana membeli dan menggunakan ganja sebanyak 161 kali dalam jangka waktu yang sama. Sewaktu kesnya mula disiasat polis pada Disember 2020, Cube Ent. memutuskan untuk menghentikan kontrak Ilhoon, seterusnya menyebabkan Ilhoon dikeluarkan daripada BTOB.
Sumber: hankookilbo