Jisung dan Sungchan, antara ahli termuda NCT, mendapat pujian merata oleh netizen di seluruh dunia di atas tindakan pantas menyelamatkan keadaan daripada menjadi semakin barah akibat kekhilafan dilakukan oleh Johnny, Mark Lee dan Doyoung berkenaan isu tidak peka kepada siren gempa bumi.
Sewaktu Johnny sedang asyik menggayakan aksi tarian lagu ‘Earthquake’ sambil dinyanyikan oleh Mark Lee (bunyi siren gempa bumi disalahanggap sebagai arahan Covid-19 dan dijadikan gimik kepada judul lagu, padahal ianya bunyi siren gempa bumi sebenar yang berlaku di kepulauan Jeju) , Jisung dan Sungchan mengambil inisiatif untuk menghentikan terus perbuatan mereka itu daripada menjadi semakin tidak terkawal. Johnny, Mark Lee dan Doyoung kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi laman sosial masing-masing.
Baca lagi: Kemain lagi perlekeh bunyi siren gempa bumi sebenar, Doyoung, Mark & Johnny NCT mohon maaf
Rentetan daripada itu, netizen di seluruh dunia memuji kematangan Jisung Sungchan walaupun usia mereka masih muda remaja. Jika tidak kerana mereka, perbuatan yang tidak sensitif itu bakal mengheret NCT ke arah perdebatan yang berpanjangan di sebalik promosi besar-besaran yang harus dilakukan ketika ini ke atas album yang baru saja dilancarkan. Kata-kata pujian netizen luar negara tersebut dikongsikan oleh netizen di Korea menerusi laman-laman forum tempatan.
Sumber: N/A