Hanya Choi Si Won yang dijangkiti Covid-19, semua ahli Super Junior terselamat

May be an image of 7 people and indoor

Semua ahli Super Junior digesa menjalani ujian Covid-19 selepas salah seorang ahlinya, Choi Si Won didapati terkena jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, kesemua mereka kecuali Choi Si Won didapati tidak terkena jangkitan tersebut, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh SM Entertainment.

“Kesemua ahli Super Junior sebenarnya sudah divaksin, dan kami akan memastikan kesihatan artis kami sentiasa terjaga,” kata jurucakap agensi itu.

Choi Si Won yang sudah pun mendapat dua dos suntikan vaksin, telah disahkan positif Covid-19 menyebabkan beliau memutuskan untuk melepaskan tugasnya sebagai penyampai anugerah di MAMA 2021 yang berlangsung hari ini, 11 Disember 2021. Selain Choi Si Won, Shindong juga pernah disahkan positif pada November lepas meskipun sudah divaksin sepenuhnya.

Sumber: sport khan

loading...