BTS sekali lagi sapu bersih Daesang di 2021 MAMA dan jom semak senarai penuh para pemenang!

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 yang diadakan pada 11 Disember baru sahaja melabuhkan tirainya. Anugerah berprestij ini turut disiarkan secara langsung menerusi tvN Asia Astro Ch 395 dan Unifi TV. Tahun ini,  anugerah MAMA telah diadakan di CJ ENM Contents World di Bandar Paju, Wilayah Gyeonggi. Seperti biasa, anugerah ini dihadiri oleh selebriti dan bintang K-POP yang popular.

MAMA 2021 telah dihoskan oleh Lee Hyori, di mana ia merupakan pertama kali selebriti wanita menjadi hos  anugerah tahunan ini. Anugerah kali ini seperti biasa tetap diserikan dengan persembahan yang hebat serta menghiburkan, koloborasi yang mengujakan dan tidak lupa dimeriahkan dengan barisan penyampai yang hebat.

Tahun ini BTS menyapu bersih keempat-empat Daesang (Hadiah Utama) untuk tahun ketiga berturut-turut: Song of the Year (“Butter”), Album of the Year (“BE”), Artist of the Year, dan Worldwide Icon of the Year. Secara keseluruhan, BTS membawa pulang sembilan trofi pada MAMA 2021. BTS tidak menghadiri anugerah kali ini kerana masih lagi dalam tempoh kuarantin wajib selama 10 hari setelah mereka menamatkan aktiviti di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 3 Disember lepas.

Manakala aespa dan ENHYPEN pula memenangi Best New Artist dan Worldwide Fans’ Choice Top 10.

Menarik pada tahun ini, Wanna One yang pernah satu ketika menjadi fenomena K-POP kembali beraksi disatu pentas yang sama. Persembahan sulung ini juga merupakan persembahan Wanna One yang pertama menyatukan kesemua bekas ahli kecuali Lai Kuan Lin termasuklah Kang Daniel dan Yoon Ji Sung yang baru selesai menjalani khidmat negara sejak pembubaran mereka pada tahun 2019. Sebelum ini, perancangan untuk menggandingkan mereka semula di atas satu pentas gagal kerana masing-masing komited dengan aktiviti solo dan kumpulan kpop yang dianggotai mereka.

Baiklah, jom semak senarai penuh pemenang Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021

Artist of the Year: BTS
Song of the Year: BTS (“Butter”)
Album of the Year: BTS (“BE”)
Worldwide Icon of the Year: BTS

Worldwide Fans’ Choice Top 10: Stray Kids, NCT DREAM, NCT 127, ENHYPEN, TXT, BTS, Lisa BLACKPINK, SEVENTEEN, TREASURE, TWICE

Best New Artist (Female): aespa


Best New Artist (Male): ENHYPEN


Best Group (Female): TWICE


Best Group (Male): BTS
Best Artist (Female): IU


Best Artist (Male): EXO’s Baekhyun
Best Vocal Performance: IU (“Celebrity”)
Best Dance Performance (Solo): BLACKPINK’s Rosé (“On the Ground”)
Best Dance Performance (Female Group): aespa (“Next Level”)
Best Dance Performance (Male Group): BTS
Best Collaboration: AKMU (“NAKKA” with IU)
Best Music Video: BTS
KTO (Korean Tourism Organization) Breakout Artist: Brave Girls
Best Band Performance: JANNABI (“A thought on an autumn night”)


Best Hip Hop & Urban Music: ASH ISLAND (“Melody”)
Best OST: Jo Jung Suk (“I Like You” from “Hospital Playlist 2”)


TikTok Favorite Moment: BTS
Choreographer of the Year: Leejung Lee
Best Engineer of the Year: Gu Jong Pil, Kwon Nam Woo
Best Video Director of the Year: Lumpens
Best Art Director of the Year: MU:E
Best Composer of the Year: Yoo Young Jin
Best Producer of the Year: Teddy
Best Executive Producer of the Year: Bang Si Hyuk
Best New Asian Artist (Vietnam): Hoang Duyen
Best New Asian Artist (Indonesia): Lyodra
Best New Asian Artist (Thailand): SPRITE X GUYGEEGEE
Best New Asian Artist (Mandarin): Anson Lo
Best New Asian Artist (Japan): Ado
Best Asian Artist (Vietnam): Quan A.P.
Best Asian Artist (Indonesia): Anneth
Best Asian Artist (Thailand): Tilly Birds
Best Asian Artist (Mandarin): ACCUSEFIVE
Best Asian Artist (Japan): JO1
Favorite Asian Artist: INI

Favorite International Artist: Ed Sheeran

Tahniah kepada para pemenang MAMA 2021!

Sumber : star.mt

loading...