Kang Daniel, yang kini selesa bergerak solo, di bawah agensi KONNECT Ent. yang diterajuinya sendiri memutuskan untuk membuat penampilan julung-julung kalinya bersama Wanna One di atas pentas sejak tiga tahun lalu.
Penantian peminat tidak disia-siakan apabila aura Kang Daniel sememangnya paling bergemerlapan dalam kalangan ahli-ahli Wanna One yang beraksi di atas satu pentas semalam. Ketrampilan dan karismanya dalam menguasai pentas selain interaksi dengan peminat menyebabkan dia menjadi tarikan sepanjang persembahan lagu ‘Energetic’ , ‘Burn It Up’ dan ‘Beautiful’ dimainkan.
Persembahan Kang Daniel semalam mungkin lebih mengasyikkan jika dia memilih untuk bergerak sama di dalam satu kumpulan berbanding solo. Malah, bukan saja Kang Daniel, tetapi Ong Seung Wu, Park Ji Hoon dan Kim Jae Hwan turut perlu mempertimbangkan kembali kemungkinan untuk bergerak sekumpulan, yakni forte yang dikuasai mereka selama ini.
“Sehingga kita bertemu lagi, ” kata Kang Daniel mengakhiri persembahannya bersama Wanna One. “Saya berharap dengan menonton kami di atas pentas, kenangan menyaksikan peminat menyayangi kami akan bersemadi di dalam ingatan, ” kata Lee Dae Hwi pula.
Selesai saja persembahan tersebut, peminat terpaksa akur bahawa kesemua mantan ahli Wanna One masing-masing akan kembali semula ke bidang muzik yang dipelopori oleh mereka. Kenangan MAMA 2021 akan terpahat di ingatan peminat sehingga hayat dikandung badan.
Ini merupakan persembahan Wanna One yang pertama menggandingkan Kang Daniel dan Yoon Ji Sung sejak tiga tahun lalu setelah kedua-duanya tidak dapat berbuat demikian atas komitmen masing-masing. Bagaimanapun, Lai Kuan Lin yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara bagi mencukupkan sebelas ahli Wanna One, membuat hantaran di instagram bagi menyatakan sokongannya terhadap persembahan Wanna One semalam.
✨2021, WannaOne✨#워너원 #워너블 #윤지성 #하성운 #황민현 #옹성우 #김재환 #강다니엘 #박지훈 #박우진 #배진영 #이대휘 #라이관린 pic.twitter.com/0ixkM8YDLR
— 워너원, 기다릴게 (@WaitingWannaOne) December 11, 2021
Sumber: insight